Smile

Follower List - Join my blog clik here

Friday 21 September 2012

Surah Asy-Syura ayat 15

Amalkan membacanya setiap lepas solat fardhu dan mohon perlindungan Allah, 
InsyaAllah dapat perlindungan dari kejahatan musuh dan bacalah sebanyak mungkin ketika berhadapan dengan musuh (Kafir laknatullah) atau orang zalim.

Salam Jumaat

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, sola
t seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (HR al-Hakim)

Doa Lembutkan Hati

Ayat yg perlu dibaca bagi mengelakkan perkelahian suami isteri ketika mengerjakan Ibadah Haji/Umrah. Jadikan sebagai amalan setiap kali selepas solat fardhu. semoga kekuatan kasih & sayang diantara suami/isteri/anak2 insyaAllah akan kukuh.

Friday 14 September 2012

Ungkapan Istirja

Siapa yang mengucapkan kalimat Istirja dan diikuti dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka Allah akan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik. 


BENARKAH kalimat inna lillahi wa inna ilaihi rajiun hanya digunakan apabila kita mendengar seseorang meninggal dunia sahaja?

Jawapan
Ucapan innalillahi wa inna ilaihi rajiun disebut juga kalimat istirja. Memang telah menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat kita mengaitkan kalimat ini dengan berita kematian sahaja. Padahal, kalimat tersebut sepatutnya diucapkan untuk semua musibah lainnya. Tidak kira sama ada musibah itu besar ataupun kecil, melibatkan korban jiwa atau tidak.
Allah SWT berfirman: Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan dan kelaparan, juga kehilangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. (al-Baqarah: 155-156)
Dalam kitab Musannaf karangan Imam Ibnu Abi Syaibah diceritakan: Suatu hari tali selipar Sayyidina Umar bin Al-Khattab terputus. Beliau lalu mengucapkan:Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Seseorang bertanya kepadanya: "Wahai Amirul mukminin, anda mengucapkan kalimat ini hanya kerana tali selipar terputus?"
"Ya," jawab Umar, "Setiap perkara yang tidak disukai adalah musibah."
Kalimat istirja melambangkan kesabaran menghadapi musibah. Ia mesti selalu berada di lidah kita setiap saat. Siapa yang biasa menyebut kalimat ini apabila mendapat musibah kecil, ia akan mudah mengucapkannya apabila tertimpa musibah besar nanti.
Aapa sebenarnya makna yang terkandung dalam kalimat tersebut?
Kalimat inna lillahi wa inna ilahihi rajiun bermakna: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan suatu ketika nanti akan kembali kepada Allah."
Jadi, kalimat ini mengandungi kesedaran tentang hakikat diri kita. Sebenarnya kita ini hanyalah hamba milik Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya. Justeru, kita mesti berserah diri kepada setiap takdir dan ketentuan Allah SWT.
Siapa yang tidak menerima takdir Allah sebenarnya tengah melupakan hakikat dirinya. Ia menginginkan segala sesuatu berlaku sesuai dengan kehendak hatinya sahaja. Dan itu tentu sahaja mustahil. Sebab hanya tuhan yang mampu melakukan perkara itu.
Seorang hamba hanya mampu bersabar dan bersangka baik. Ia mesti yakin bahawa musibah mengandungi kebaikan untuk dirinya, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ibarat ubat yang pahit di lidah, namun membawa kesembuhan bagi tubuh.
Imam Hamdun bin Ahmad berkata: "Panik dalam menghadapi musibah adalah sikap orang yang menyimpan buruk sangka kepada tuhannya."
Siapa yang selalu menerima dengan ikhlas apa yang terjadi, ia akan menjadi orang yang paling berbahagia di dunia ini. Ia tidak akan pernah bersedih, apalagi putus asa. Malah ketenangan akan selalu berada di dalam hatinya.
Seorang ulama tabiin di Basrah, bernama Ayub Al-Sakhtiyani pernah memberi nasihat: "Jika apa yang engkau kehendaki tidak berlaku, maka kehendakilah apa yang berlaku."
Apa balasan yang Allah sediakan untuk orang yang mengucapkan kalimat istirja ini apabila tertimpa musibah?
Mengucapkan kalimat istirja apabila tertimpa musibah adalah kebiasaan orang-orang yang bersabar. Dan orang yang bersabar akan mendapatkan berita gembira dari Allah SWT sebagaimana ayat 155 daripada surah al-Baqarah di atas.
Berkata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya: "Yang dimaksud dengan berita gembira adalah Allah akan memberikan ganti yang lebih baik di dunia atau memberinya pahala yang sangat banyak di akhirat."
Berkenaan dengan ini, saya jadi teringat kisah yang pernah berlaku di zaman Nabi SAW dahulu. Peristiwa ini berkenaan dengan pasangan suami isteri yang saling mencintai, iaitu Abu Salamah dan isterinya Umi Salamah.
Di mata Umi Salamah, suaminya ini adalah manusia yang sangat sempurna. Beliau sangat taat kepada Allah dan rasul-Nya, juga sangat lembut kepada isteri dan anak-anaknya.
Suatu hari Umi Salamah mendengar Rasulullah bersabda: "Tidaklah seorang Muslim tertimba musibah, lalu ia mengucapkan kata-kata yang Allah perintahkan, iaitu Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, lalu diikuti dengan doa: 'Ya Allah, berilah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik'. Siapa yang mengucapkan semua ini, maka Allah akan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik."
Tidak lama setelah itu, Abu Salamah pulang dari medan perang dalam keadaan luka parah. Lima bulan kemudian, beliau meninggal dunia.
Kejadian ini sungguh menggoncang hati Umi Salamah. Beliau segera teringat ucapan Nabi Saw, namun ragu-ragu mengucapkan kalimat yang diajarkan itu. Sebab beliau terpikir: "Siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Tidak ada orang yang lebih baik daripadanya. Beliau suami yang begini dan begitu..."
Umi Salamah terus mengingati kelebihan-kelebihan Abu Salamah, bekas suaminya itu.
Tidak lama setelah masa 'iddahnya berlalu, Rasulullah SAW datang meminang Umi Salamah untuk menjadi isterinya. Baginda makhluk terbaik yang Allah ciptakan menggantikan Abu Salamah sebagai perwujudan janji Ilahi.
Kisah ini beserta huraian tentang bagaimana sepatutnya adab kita menghadapi musibah telah saya jelaskan dalam buku saya yang bertajuk, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.Siapa yang berminat mengetahui huraian lebih lanjut, sila membacanya di buku tersebut. Wallahu a'lam.


Oleh: UMAR MUHAMMAD NOOR sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).

Permata Tanah Haram


Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

IMAM al 'Allamah al Muhaddith Syeikh al Islam Syihab al Din Abu al Abbas Ahmad Zaini Dahlan al Hasani al Syafii al Makki Dilahirkan di Mekah pada 1232 Hijrah. Keluarga Dahlan di Mekah merupakan keluarga Ahli Bait daripada zuriat Saidina Hasan bin Ali yang masyhur dengan kemuliaan ilmu, amal dan nasab. Mereka juga adalah jaguh-jaguh terhandal dalam lapangan tarbiah dan dakwah.
Beliau dibesarkan dalam persekitaran keimanan dan ketakwaan di Mekah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafaz al-Quran dan matan-matan ilmu Islam sebagaimana tradisi penuntut di Masjidil Haram suatu ketika dahulu.

Permata
Bakat dan kecerdikannya yang luar biasa itu telah menampilkan beliau sebagai permata yang berkilauan di Tanah Haram serta kebanggaan umat Islam. Disebabkan ketinggian ilmu dan kedudukannya itu, beliau telah ditabalkan sebagai syeikh dan mufti bagi mazhab Syafi'i di Mekah pada zamannya.
Kemahirannya dalam bidang ilmu Islam mencakupi pelbagai bidang sehingga beliau dinobatkan sebagai al muarrikh (sejarawan) dan al muhaddith (pakar hadis).
Beliau memiliki kekuatan hafazan yang luar biasa terhadap hadis sehingga ulama pada zaman tersebut menyifatkan hafazannya bagi Sahih al-Bukhari seumpama hafazan surah al-Fatihah.
Kehebatannya itu terhasil daripada kesungguhannya menuntut ilmu daripada para ulama. Antara para guru yang telah mencurahkan ilmu kepadanya ialah Syeikh Muhammad Said al Maqdisi, Syeikh Ali Surur al Makki, Syeikh Abdullah Siraj al Makki al Hanafi, Syeikh Hamid al 'Attar dan ramai lagi.
Dari sudut ijazah pula beliau turut meriwayatkan daripada al Wajih Abdurrahman al Kuzbari, Uthman bin Hasan al Dimyati yang merupakan sandaran utamanya dalam periwayatan, Syeikh Muhammad bin al Husain al Habsyi, Syeikh Muhammad bin Ramadhan al-Marzuqi dan lain-lain lagi.
Demikian juga ramai di kalangan ahli ilmu dan ulama sezaman dengannya menjadikan beliau sebagai guru serta memohon ijazah daripadanya. Di antara mereka ialah Muhammad Tayyib al Naifar, Muhammad al Makki Azzuz, Sayyid Muhammad Said bin Muhammad Salim Babasil, Sayyid Salim al 'Aidarus, Syeikh Ahmad bin Uthman al Attar, Muhammad Zahir al Watari, Ahmad bin Ismail al Barzanji, Muhammad Imam bin Ibrahim al Saqa dan ramai lagi.

Galakan
Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang murabbi (pentarbiah) yang mengambil berat mengenai urusan ilmu dan dakwah Islam.
Beliau sentiasa memberi galakan kepada para penuntut ilmu agar belajar bersungguh-sungguh. Kegigihannya dalam menyebarkan dakwah Islam kelihatan jelas dalam usahanya melatih dan mendidik murid-muridnya membidangi ilmu-ilmu Islam di Mekah yang kemudiannya dihantar ke seluruh pelosok negeri bagi memperkenalkan Islam dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat sehingga sampai ke ceruk-ceruk perkampungan di negara Hijaz, Yaman dan Syam.
Tidak cukup dengan itu, beliau telah melaburkan wang sakunya untuk membiayai perbelanjaan yang diperlukan oleh para pendakwah yang ditugaskan oleh beliau di sekitar kawasan pedalaman dan perkampungan Mekah.
Beliau juga telah menginfakkan hartanya bagi membiayai pembinaan masjid-masjid di kawasan tersebut serta menugaskan murid-muridnya melaungkan azan, mendirikan solat fardu serta mengajar umat Islam kaifiat menunaikan solat serta urusan-urusan agama yang lain.
Beliaulah juga yang berusaha dan menyarankan Sultan Maghribi Abu Ali al Hasan agar mencetak kitab Ittihaf al Sadah al Muttaqin bi Syarh Ihya' Ulumiddinkarangan al Hafiz Muhammad Murtadha al Zabidi yang merupakan syarahan bagi kitab Ihya' Ulumiddin apabila terdapat mesin percetakan kitab pertama di Mekah.

Haji wanita


HAJI adalah satu kewajipan yang dituntut ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syaratnya sama ada lelaki atau wanita. Bagi wanita, haji adalah satu jihad seperti dinyatakan di dalam hadis bermaksud: "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita ialah haji dan umrah." (Sunan an-Nasaa'i)
Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW yang maksudnya: "Ya Rasulullah, setahu kami jihad adalah amal yang paling afdal. Maka, apakah kami dituntut supaya pergi berjihad?" Baginda bersabda: "Tidak! Tetapi jihad yang paling afdal (bagi kalian) ialah haji yang mabrur." (Sahih al-Bukhari)
Untuk memperoleh haji mabrur, ia memerlukan kefahaman dan penghayatan tulus ikhlas dalam beribadat. Jemaah haji wanita perlu memahami hukum-hakam dan permasalahan berkaitan kewanitaan seperti mahram, haid, nifas, istihadah serta edah.
Jika tidak difahami dan diperingatkan, mungkin akan timbul kekeliruan atau salah faham yang mengakibatkan terjejasnya ibadat haji atau umrah.

Mahram
Syarat wajib haji bagi wanita selain daripada Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan ialah mendapat keizinan suami atau wali dan ditemani suami atau mahram atau kumpulan wanita yang thiqat (dipercayai).
Mereka juga mestilah tidak berada dalam edah. Berdasarkan pendapat Mazhab Syafi'e, wanita yang tidak mendapat keizinan tidak wajib ke atasnya menunaikan haji dan tidak berdosa walaupun dia sudah memenuhi syarat yang lain.
Oleh itu, seorang wanita yang hendak menunaikan haji hendaklah ditemani suami atau mahram atau teman wanita yang dipercayai.
Sepanjang berada di tanah suci, mereka tidak dinasihatkan keluar bersendirian sama ada ke masjid, menunaikan umrah, ziarah atau sebagainya demi menjaga keselamatan dan mengelakkan fitnah serta sebarang kemungkinan tidak diingini.
Jika seseorang jemaah wanita hendak menunaikan umrah atau ziarah, sedangkan suami atau mahramnya tidak dapat pergi bersama, maka dia hendaklah ditemani wanita yang boleh dipercayai.
Jemaah lelaki bukan mahram tidak boleh dijadikan teman untuk tujuan berkenaan. Begitu juga menumpang suami kepada jemaah wanita lain, lebih baik dielakkan walaupun isterinya ikut bersama.

Haid
Haid adalah fenomena biasa dalam kehidupan wanita. Kedatangannya pada setiap bulan satu daripada ciri kewanitaan tulen serta lambang kesuburannya. Haid tidak menghalang wanita daripada mengerjakan semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah.
Aisyah meriwayatkan: "Kami keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitillah sehingga kamu suci. (Sahih al-Bukhari)
Berdasarkan hadis itu, amalan selain tawaf seperti berniat haji atau umrah, wukuf di Arafah, sa'ie, mabit di Muzdlifah dan melontar jamrah boleh dilaksanakan.
Wanita yang didatangi haid ketika mengerjakan Haji Tamattu' iaitu sebelum berniat ihram, dia didatangi haid, maka dia hendaklah berniat ihram seperti biasa selepas melaksanakan sunat-sunat ihram seperti mandi dan lain-lain kecuali solat sunat ihram. Kemudian dia hendaklah menunggu hingga suci barulah disempurnakan umrah. Jika haid berterusan sehingga tiba waktu wukuf, hendaklah dia berniat ihram haji dan jadilah hajinya Haji Qiran dan diwajibkan dam Qiran.
Bagi wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran, dia hendaklah menyempurnakan semua kerja hajinya kecuali tawaf yang hanya boleh dilakukan selepas bersuci. Jika haid berterusan hingga tiba waktu berangkat keluar dari Mekah, dia mestilah menunda tarikh keberangkatan sehingga dia suci dan mengerjakan tawaf rukunnya.
Jika keberangkatan tidak boleh ditangguhkan dan jemaah terpaksa berangkat segera, maka apabila sampai ke negerinya, dia hendaklah melakukan tahalul Ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan niat tahalul (tahalul Ihsar). Tawafnya dan amalan lain yang belum selesai wajib dilaksanakan pada masa akan datang.
Kadangkala berlaku masalah darah haid keluar berselang hari. Berdasarkan Imam Syafi'e, darah yang keluar berselang hari tidak melebihi 15 hari 15 malam adalah dikira darah haid. Tempoh itu dikira tempoh haid. Contohnya, hari pertama hingga kelima darah keluar berturut-turut, hari keenam tidak keluar, kemudian hari ketujuh hingga ke-10 keluar lagi, ke-11 dan 13 berhenti kemudian, 14 dan ke-15 keluar semula. Darah yang keluar selepas itu, iaitu selepas hari ke 15 tidak lagi dikira haid. Sebaliknya ia darah istihadah.
Dalam keadaan ini, jika jemaah wanita berniat ihram umrah, kemudian dia didatangi haid sebelum sempat menyempurnakan umrahnya. Selepas lima hari, dia melihat darah tidak keluar, dia bersuci lalu pergi mengerjakan tawaf, sa'ie dan tahalul. Tiba-tiba pada waktu malam dia mendapati darah haidnya keluar semula. Dalam keadaan ini tahallulnya tidak sah. Dia mesti ulangi semula tawaf, sa'ie dan tahalul apabila sudah suci daripada haid. Dia juga dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya.
Ada pandangan kedua dalam Mazhab Syafi'e, tempoh bersih antara haid itu (dikenali sebagai Fatrah Naqa') dikira tempoh suci dan sah amal ibadat dengan syarat tempoh suci itu melebihi 24 jam.
Umpamanya pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian dia menyelesaikan umrahnya. Pukul 3 petang hari berikutnya darah keluar semula, maka umrahnya itu sah. Namun, jika darah keluar sebelum pukul 12 tengah hari berikutnya, maka umrahnya tidak sah.
Haid adalah sesuatu yang telah ditentukan sejak azali ke atas wanita. Jadi ia tidak boleh dijadikan sebab tidak sempurnanya ibadah haji. Haid tidak menghalang wanita menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf di Baitullah.

Oleh: MAZNAH DAUD ialah Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-Jakim)

Cerai fasakh


PERCERAIAN adalah satu perkara yang ditakuti oleh setiap pasangan yang berkahwin. Siapa yang mahu melihat rumah tangga yang dibina atas dasar cinta, lebur dalam sekelip mata.
Kata orang 'cinta itu buta' yang boleh menyebabkan orang yang dilamun cinta membuat pelbagai perkara pelik untuk menunjukkan rasa cinta. Cinta menyebabkan orang makan tak kenyang, mandi tak basah.
Sebaliknya, perceraian menyebabkan orang hilang pertimbangan sehingga tidak boleh duduk berbincang.
Yang lahir daripada hati dan mulut adalah kebencian yang menyebabkan orang yang dilanda musibah perceraian tidak boleh tidur, migran, lelah dan cirit-birit atau gastrik.
Daripada seorang yang ceria, perceraian akan menyebabkan seseorang menjadi murung, hilang keyakinan diri dan akhirnya menyendiri. Ini bermakna, kesan perceraian boleh membawa padah.
Saya sudah membincang perceraian yang paling biasa dan mudah iaitu perceraian melalui lafaz talak oleh suami, cerai taklik dan kali ini saya hendak bincangkan perceraian melalui fasakh.
Perceraian melalui fasakh berbeza daripada talak dan taklik kerana kedua-duanya itu bergantung kepada lafaz talak oleh suami.
Fasakh adalah perceraian atau pembubaran perkahwinan yang dibuat oleh mahkamah syariah yang kebiasaannya atas permohonan isteri.
Fasakh tidak menambah bilang talak sedangkan jika bercerai melalui talak, ia hanya boleh dilafazkan sebanyak tiga kali.
Jika talak telah dilafazkan sebanyak tiga kali, maka pasangan tidak boleh rujuk lagi. Kecuali isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan olehnya. Barulah pasangan boleh bernikah semula.
Fasakh biasanya atas sebab-sebab tertentu yang menyebabkan isteri memohon kepada Kadi (dulu) atau Mahkamah Syariah untuk bercerai daripada suaminya.
Sebenarnya di Malaysia, kita sangat terbiasa dengan memanggil perceraian dengan panggilan fasakh. Apabila seorang isteri ke mahkamah syariah, biasanya dia akan mengatakan bahawa dia hendak memohon fasakh.
Namun hari ini, jika seorang isteri pergi ke mahkamah syariah untuk memohon cerai, dia tidak semestinya memohon fasakh. Dia boleh memohon untuk ditalak atau memohon pengesahan perceraian di mana talak telah dilafazkan di luar mahkamah oleh suaminya, atau isteri ingin memohon cerai melalui lafaz taklik suami.
Biasanya, hanya isteri yang memohon fasakh. Namun hari peruntukan fasakh tidak hanya boleh dipohon oleh isteri tetapi boleh juga dipohon oleh suami. Ini boleh dilihat dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri dan sebagai contoh, boleh dilihat dalam seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 yang berbunyi: "Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh.

Hak suami
Suami juga boleh memfasakh isterinya berdasarkan alasan-alasan tertentu yang dibenarkan oleh syarak.
Mahkamah juga akan menolak permohonan fasakh si isteri jika suami dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa dia percaya isterinya tidak akan membuat permohonan fasakh dan adalah tidak adil jika perintah dibuat terhadap suami.
Misalnya, jika isteri mendapati suaminya mati pucuk dan dia berusaha membantu suami untuk mendapat rawatan dan pada masa sama mengambil anak angkat sebagai langkah menyelamatkan perkahwinan, hingga suami secara munasabah percaya isterinya tidak akan memohon fasakh atas alasan mati pucuk.
Daripada pengalaman serta hasil penyelidikan pada 2003, perceraian melalui fasakh mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan. Ini kerana ia perlukan pembuktian yang jelas dan meyakinkan.
Lazimnya, pasangan memerlukan perkhidmatan peguam syarie kerana apabila kes dibicarakan, seorang isteri atau suami yang tiada latihan dalam perundangan tidak mungkin dapat berhujah dengan baik di mahkamah.
Perkahwinan hanya akan dibubarkan atau difasakhkan jika mahkamah berpuashati bahawa pihak yang memohon dapat membuktikan dakwaannya.
Pada kebiasaannya, isteri yang memohon untuk difasakh. Alasan utama ialah penganiayaan, hilang lebih satu tahun dan dipenjarakan.
Namun dalam hal penganiayaan, isteri perlu membuktikan bahawa penganiayaan fizikal adalah sesuatu yang 'lazim' atau selalu dan isteri mesti telah membuat laporan polis dan mendapat rawatan doktor. Tanpanya, adalah amat sukar mendapat fasakh atas alasan ini.
Ada isteri yang terpaksa turun naik mahkamah, balai polis dan hospital untuk mendapatkan fasakh dengan alasan penganiayaan.
Kekecewaan isteri yang didera telah menjadi begitu mendesak pada 1990-an di mana akhirnya kerajaan meluluskan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 yang terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.
Di bawah akta itu seorang isteri yang dianiaya suaminya boleh mendapat perintah Pelindungan Sementara atau IPO dan suami yang mendera boleh disabitkan kesalahan dan dihukum penjara.
Namun, akta itu tidak berupaya mengurangkan kes penganiayaan terhadap isteri oleh suami. Seringkali pula, suami terlepas daripada hukuman kerana isteri takut atau malu untuk mendapatkan bantuan.
Masalah lain ialah isteri yang telah berjaya mensabitkan suami masih tidak boleh mendapat fasakh kerana permohonan perlu dibuat di mahkamah syariah. Sedangkan kes penderaan dibawa ke mahkamah majistret.
Penderaan terhadap isteri boleh datang dalam berbagai bentuk seperti penderaan fizikal seperti pukul, tumbuk, sepak, terajang, cucur dengan puntung rokok, ketuk dan sebagainya.
Begitu juga dengan penderaan emosi atau mental yang membabitkan caci, maki-hamun, ugut, menghina dan memalukan.
Penderaan seksual pula seperti memaksa isteri melakukan persetubuhan dengan cara mendera atau mengugut untuk dicederakan.
Untuk memberi lebih perlindungan kepada golongan isteri, Akta Keganasan Rumahtangga sedang dipinda untuk memberinya gigi yang boleh menggigit.
Pada masa sama, mahkamah syariah juga perlu memahami tekanan yang dihadapi oleh isteri yang didera suami.
Ada isteri yang didera sehingga menjadi gila, membunuh diri, membunuh anak-anak kerana takut anak didera dan tidak kurang yang mengambil arak, dadah dan sebagainya demi melarikan diri daripada penderaan.

Rukun haji


BAGI mereka yang mengerjakan haji, salah satu perkara yang sangat penting untuk mereka kerjakan ialah rukun haji. Selain daripada wajib-wajib haji, rukun haji sangat-sangat penting dalam amalan haji.
Ia hendaklah dilaksanakan oleh jemaah haji, jika tidak ditunaikan, sama ada dengan sengaja atau terlupa atau tidak dilaksanakan atau dilaksanakan tetapi tidak sempurna maka hajinya juga tidak sah.
Jemaah haji dinasihatkan supaya belajar tentang rukun-rukunnya secara terperinci agar dapat dilaksanakan ibadat haji dengan keyakinan bahawa perkara yang dibuat itu sempurna. Rukun haji ialah;

1. Niat Ihram Haji
Niat ihram haji ini dilafaz dan berniat dalam hati ingin mengerjakan haji dengan lafaz "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah SWT" (untuk Haji Tamattuk dan Haji Ifrad). Manakala lafaz "Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah serentak dengannya aku berihram haji dan umrah kerana Allah SWT" (bagi mereka yang mengerjakan Haji Qiran). Dengan lafaz ini, maka bermulalah amalan haji.
Jemaah haji perlu menjaga perkara-perkara wajib haji seperti larangan dalam ihram (perkara yang dilarang dalam masa mereka berada dalam ihram sehinggalah mereka tahallul). Lafaz atau niat ihram boleh dilakukan walaupun tanpa dalam keadaan berwuduk (bersuci) seperti mereka yang berada dalam haid dan lain-lainnya kerana lafaz niat haji tidak disyaratkan dalam keadaan bersuci.
Sememangnya lafaz itu disebutkan semasa atau sebelum melintas miqat. Bagi mereka yang sudah berada di Tanah Suci Mekah maka miqatnya di Mekah itu sendiri dan semestinyalah jemaah haji tersebut berpakaian ihram. Jika jemaah haji datang dari luar Mekah, ia mestilah berniat ihram di tempat arah mereka datang. Contohnya, kalau dari Madinah tempat miqat ialah di Bir Ali (Zulhulaifah). Kalau dari Malaysia dan terus memasuki Mekah, miqatnya ialah di Qarnul Manazil.

2. Wukuf di Padang Arafah
Wukuf bermaksud berhenti atau berada di Padang Arafah pada masa yang ditetapkan. Wukuf sangat penting kerana Nabi SAW bersabda: "Haji itu mesti berwukuf di Arafah". Fahaman daripada itu bererti jemaah haji yang sudah berpakaian ihram dan berniat ihram mesti berada atau pergi ke Padang Arafah. Jika tidak, hajinya tidak sah kerana ia adalah rukun haji. Wukuf di Arafah bermaksud mesti berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan dari masa gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga masuk waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.
Pada hari tersebut, jemaah haji disunatkan untuk memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah SWT seperti; solat sunat, berdoa, berzikir dan lain-lainnya. Berdoa di Arafah adalah salah satu tempat yang mustajab kita berdoa. Tidak disunatkan bagi mereka yang mengerjakan haji berpuasa pada hari Arafah.

3. Tawaf Rukun Haji
Tawaf rukun haji merupakan rukun haji yang ketiga selepas daripada niat ihram haji dan wukuf di Padang Arafah. Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah di Baitul Haram sebanyak tujuh pusingan, bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syarat tertentu.
Tawaf pada asasnya mempunyai tujuh jenis iaitu; tawaf qudum (tawaf selamat datang), tawaf rukun umrah, tawaf rukun haji, tawaf sunat, tawaf nazar, tawaf wada' (tawaf selamat tinggal), tawaf tahiyatul al-bait dan tawaf tahallul.
Kesemua kelakuan atau perbuatan tawaf adalah sama cuma yang membezakan jenis tawaf adalah dari segi niat sahaja. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah tawaf rukun haji.

4. Sa'ie
Apa yang dimaksudkan dengan sa'ie ialah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat-syaratnya:-
nHendaklah dilakukan selepas melaksanakan Tawaf Qudum (bagi mereka yang masuk Mekah untuk melakukan Haji Qiran dan Ifrad) atau selepas tawaf haji. Bagi mereka yang masuk Mekah dengan niat ihram umrah, Tawaf Qudum terjadi dengan serentak bersama tawaf rukun umrah.
nMesti bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Jangan mula di tengah-tengah antara Safa dan Marwah
nCukup tujuh (7) ulang-alik dengan yakin bermula di Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira satu kali dan di Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira sekali.
nHendaklah sampai ke penghujung tempat sa'ie di kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit Safa pada setiap pusingan (untuk mengetahui di mana kaki Bukit Safa dan Marwah pada masa sekarang ini, jemaah haji perlu lihat berakhirnya pagar untuk kerusi roda).
nHendaklah dilakukan di tempat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
nMengekalkan niat sa'ie kerana Allah SWT
nSelain itu, terdapat amalan sunat sa'ie seperti baca doa, memasuki tempat sa'ie melalui Pintu Bukit Safa dan lain-lainnya (rujuk Buku Panduan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah TH).

5. Bercukur atau Bergunting
Apa yang dikehendaki di sini ialah menanggalkan rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Jika tiada rambut di kepala, boleh hanya melalukan pisau cukur di kepala sebagai menandakan kita telah bercukur/ bergunting. Waktu bagi jemaah haji boleh bercukur atau bergunting ialah selepas waktu separuh malam 10 Zulhijjah.

6. Tertib pada kebanyakan rukun
Rukun yang keenam ini dimaksudkan rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram haji dari rukun-rukun yang lain. Didahulukan wukuf dari tawaf rukun dan didahulukan tawaf dari sa'ie. Tetapi sa'ie haji boleh dipilih untuk dikerjakan sebelum wukuf atau selepas wuquf dengan syarat mereka melakukan haji ifrad atau haji qiran dan dilakukan selepas tawaf qudum.

Kecelakaan besar


SETELAH Allah SWT menyampaikan tanda peringatan dan ancaman kepada orang kafir bahawa hari keputusan itu pasti berlaku dan Dia bersumpah kepada mereka dengan para Malaikat-Nya yang terdekat dengan para rasul-Nya yang suci bahawa hari itu pasti akan berlaku. Pada hari itu terdapat kengerian-kengerian yang tidak dapat difahami hakikatnya kecuali oleh Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Oleh itu Allah SWT menambahkan perkara itu dengan menakut-nakutkan mereka bahawa Dia telah membinasakan orang yang kafir sebelum mereka, kerana kekafiran mereka. Apabila kamu menempuh jalan mereka, maka kamu pun akan mendapat balasan seperti balasan yang didapati mereka dan kamu juga akan diseksa di dunia dan di akhirat.
Kemudian Allah SWT mengakhiri perkara itu dengan memperingatkan mereka tentang keingkaran mereka terhadap kebaikan-Nya kepada mereka, kerana Dia telah menciptakan mereka daripada setitis air yang hina di dalam rahim dalam tempoh waktu tertentu, lalu Dia membentuk mereka menjadi makhluk lain. Kemudian Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati agar mereka mensyukuri segala nikmat-Nya yang dikurniakan kepada mereka.
Akan tetapi mereka telah mengkufurkannya, mengingkari keesaan-Nya dengan menyembah berhala dan patung. Kemudian Allah SWT mengingatkan mereka tentang segala nikmat-Nya yang terdapat di setiap tempat kerana Dia telah mencipta bumi untuk mereka dan dapat menampung mereka sama ada yang mati atau yang hidup.
Seterusnya Dia menjadikan bumi itu dengan gunung-ganang agar bumi tidak bergoncang bersama mereka. Dia juga menjadikan padanya sungai-sungai dan mata air-mata air agar mereka dapat minum daripadanya air tawar yang segar. Maka mereka menerima azab dan kehinaan kerana mengingkari nikmat-nikmat yang besar ini.
Firman Allah SWT: Bukankah kami Telah membinasakan orang-orang yang dahulu? (al-Mursalat: 16)
Al-Maraghi berkata: "Bukankah Kami telah membinasakan orang yang mendustakan para rasul sebelum kamu, dan Kami seksa pula mereka di dunia dengan pelbagai azab seperti ditenggelamkan sebagaimana yang berlaku kepada kaum Nabi Nuh a.s, dengan gempa bumi sebagaimana yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s dan contoh-contoh serupa yang telah menimpa umat sebelum kamu sebagai balasan terhadap keburukan amalan perbuatan mereka."
Ibnu Kathir berkata: "Yakni dalam kalangan orang-orang yang mendustakan para rasul serta menentang apa yang dibawa oleh para rasul tersebut kepada mereka."
Sayid Qutub berkata: "Demikianlah umat-umat terdahulu yang ramai itu kelihatan gugur binasa dengan satu pukulan Ilahi."
Firman Allah SWT: Lalu kami iringkan (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. (al-Mursalat: 17)
Al-Maraghi berkata: "Kami timpakan pula perkara yang sama terhadap orang lain yang sama dengan mereka. Seterusnya Kami kenakan terhadap mereka apa yang Kami kenakan terhadap orang yang sebelum mereka, kerana mereka itu melakukan perbuatan yang sama dengan perbuatan orang yang sebelum mereka."
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu daripada orang-orang yang seumpama dengan mereka."
Sayid Qutub berkata: "Dan dengan satu pukulan Ilahi yang lain, gugur dan binasa pula umat-umat yang datang selepas mereka."
Firman Allah SWT: Demikianlah kami berbuat terhadap orang-orang yang berdosa. (al-Mursalat: 18)
Al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya sunah Kami terhadap orang yang berdosa adalah sama. Apabila Kami telah membinasakan orang terdahulu kerana dosa dan pendustaan mereka maka Kami pun membinasakan orang yang terkemudian (yang mengikut langkah dan menempuh jalan mereka), kerana sunah Kami berjalan dengan satu model."
Sayid Qutub berkata: "Itulah undang-undang Allah SWT yang tidak dapat dihindari. Dan ketika manusia yang berdosa itu menduga akan menerima balasan kebinasaan seperti yang diterima oleh umat-umat terdahulu dan umat-umat yang datang selepas mereka."
Firman Allah SWT: Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (al-Mursalat: 19)
Al-Qurtubi berkata: "Azab dan kehinaan yang disebut dalam surah ini diulang banyak kali pada setiap ayat untuk orang yang mendustakan sesuatu, kerana Dia memberikan azab dan kehinaan itu di antara mereka menurut kadar pendustaan mereka. Seterusnya diberikan azab kepada setiap pendusta tidak termasuk azab yang dikenakan kerana pendustaan yang lain."
Sayid Qutub berkata: "Seruan yang mendoakan kebinasaan dan janji azab yang mengancam dengan kemusnahan."

ISTERI nusyuz

ISTERI berhak mendapat nafkah apabila hidup bersama suami dan ketika tempoh iddah sekiranya berlaku perceraian. Bagaimanapun, apabila isteri itu menjadi nusyuz, dia tidak lagi berhak mendapat nafkah wajib. 

Perbuatan nusyuz adalah enggan dengan secara tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami. Ini termasuk menjauhi diri daripada suami, meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suami dan enggan berpindah bersama suami ke rumah atau tempat lain (Akta Undang-Undang Keluarga Islam WP 1984). 

Semua itu tidak melayakkan isteri mendapat nafkah kerana ingkar dalam mentaati suami.

HUKUM Solat Jumaat

Solat Jumaat adalah fardu ain sama dengan solat fardu lima waktu yang lain. Ia ditunaikan dalam waktu Zohor pada hari Jumaat oleh setiap Muslim yang cukup syaratnya.

Syarat wajib Jumaat ialah Islam, baligh, berakal, lelaki tetapi bagi perempuan adalah sunat, merdeka, tidak uzur dan bermukim iaitu tidak bermusafir. 

Antara halangan Jumaat ialah sakit, hu
jan lebat, cuaca sangat panas, terlalu lapar atau dahaga dan lain-lain halangan yang tidak dapat dielakkan.

Umumnya, bekerja tidak dikira sebagai halangan Jumaat. Ini termasuk bekerja di platform cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan apabila dijadualkan bertugas.

Orang lelaki masih wajib menunaikan solat dengan cara mengadakannya bersama dengan rakan Muslim yang berada di platform berkenaan secara berjemaah termasuk berkhutbah Jumaat.

Ia boleh dilakukan di surau atau bilik khusus. Bilangan makmun tidak semestinya 40 orang dan boleh dilaksanakan walaupun hanya berdua. Seterusnya ia boleh dilakukan secara baik apabila majikan anda bersetuju dan membenarkan solat Jumaat diadakan.

~Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri~
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Hati baik tolak keburukan


MANUSIA memiliki potensi menerima dan menolak. Jika tidak, mereka kehilangan dirinya serta rahsia kewujudannya.
Ia ibarat pohon kering yang daunnya berguguran, tidak hijau dan tidak hidup. Sama juga dengan pohon tidak berbuah, hidup tetapi seperti mati. 
Ia tidak memiliki pengaruh dalam kehidupannya kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi. Potensi menerima dan menolak sangat dipengaruhi hati.

Apabila hatinya baik, ia cenderung menerima kebaikan dan menolak keburukan. Sebaliknya, apabila hatinya buruk, ia cenderung kepada keburukan dan menolak kebaikan.

Hati adalah raja kerana ia mengendalikan setiap langkah manusia. Ia bekerjasama dengan akal yang berperanan menentukan setiap keputusan yang menjadi pengukur buruk atau tidak manusia.

Jika baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila buruk, buruklah seluruh tubuh. Demikian sabda Rasulullah s.a.w mengenai hati.

Di antara umat Islam, ada beberapa orang biasa yang kedudukannya sangat istimewa di hadapan Allah.

Ia bukan ulama atau syuhada’. Mereka dapat menyingkap rahsia kehidupan dan rahsia Allah dalam dirinya sehingga dapat menggunakan potensi penglihatan, pendengaran dan hati sesuai dengan kehendak Allah S.W.T.

Mereka juga mampu mengendalikan semua pancaindera untuk ketaatan kepada Allah. Ia adalah gerakan organ tubuh dan jiwanya dalam ketekunan dan kekhusyukan beribadah.

Jiwanya lahir gelombang semangat, malamnya dihidupkan dengan bertahajud serta berdoa menyesali setiap kekeliruan. Pada siangnya ditebarkan kasih sayang dan kebaikan.

Mereka menyeru manusia supaya kembali ke jalan Allah. Roh dan hatinya menjadi penarik setiap hati manusia kembali menemukan pintu hidayah.

Hatinya mendapat petunjuk dan perlindungan daripada Maha Pemberi Petunjuk.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (Surah Al-Anfal ayat 24).

Allah menggambarkan orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya dalam al-Quran: “Kemudian selepas itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah ayat 74).

Abbas As-Siisiy dalam buku Ath-Thariq Ilal Qulub (Bagaimana Menyentuh Hati (1420 H)) menjelaskan, dalam ayat itu, Allah menjelaskan, batu itu sensitif, bahkan ketika meluncur jatuh ia takut kerana Allah.

Tetapi kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia, bagaimana batu itu dapat menjadi sensitif yang melekat satu sama lain kerana takutnya kepada Allah.

Abbas As-Siisiy berkata lagi, bagaimana dengan manusia yang banyak diberikan Allah kenikmatan yang besar seperti akal, perasaan dan hati sebagai penitipan rahmat.

Sebahagian manusia hatinya hidup mensyukuri semua kenikmatan Allah. Sebahagian besar yang lain pula kurang mensyukuri bahkan tidak bersyukur sama sekali terhadap pemberi rezeki iaitu Allah.

Manusia kufur nikmat itu sudah mati hatinya. Sebagaimana firman Allah: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah Al-Baqarah ayat 10).

Orang yang mati hatinya sukar menerima kebenaran. Mereka bertindak sesuai dengan kehendaknya. Nafsu syahwatnya menjadi pengendali sehingga akan menjadi makhluk yang angkuh dan sombong.

Kerana itu, berlindunglah daripada hati yang keras, hati yang mati dan hati yang dikendalikan nafsu. “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”

Status perkahwinan gadis hamil luar nikah


SAYA ingin bertanya mengenai hukum bernikah dengan perempuan yang mengandung, iaitu pasangan terlanjur. Adakah pernikahan mereka sah daripada segi hukum Islam di negara kita kerana wujud perbezaan pendapat mengikut mazhab?
Adakah mereka perlu dinikahkan semula sehingga si perempuan habis idah selepas bersalin? Seorang ustaz menyatakan, pernikahan itu tidak sah dan mereka perlu dinikahkan semula walaupun pernikahan mereka mencukupi semua rukun nikah. 
AZILA
Tangkak, Johor
 

Dr Mashitah Jawab 
Perempuan yang mengandung, di mana kandungan itu hasil perkahwinan yang sah, adalah haram bernikah. Bagaimanapun, mereka yang mengandung luar nikah tidak termasuk kategori ini kerana kandungan itu tidak melalui perkahwinan yang sah dan anak dalam kandungan itu adalah anak tidak sah taraf.

Jika seorang gadis yang mengandung luar nikah berkahwin, perkahwinan itu sah, bahkan jika bayi berkenaan lahir selepas tempoh atau masa perkahwinan iaitu enam bulan lebih, ia boleh dibinkan mengikut nama suaminya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/30 -  myMetro  

Utus surat kali kedua

Sept - 2012 Kerajaan mengutus surat rasmi buat kali kedua kelmarin bagi memohon kepada kerajaan Arab Saudi menambah kuota 10,000 jemaah Malaysia sebelum musim haji bermula tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tambahan kuota itu, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut sama membantu dengan menghubungi pihak berkuasa Arab Saudi bagi menyelesaikan perkara ini.

Katanya, beliau turut meluahkan hasrat berkenaan dalam pertemuannya dengan Mufti Masjidil Haram, Sheikh Suleiman As-Salumi dan tokoh ulama, Sheikh Abdullah Al-Jalaly di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.
“Kerajaan sudah mengutus surat buat kali kedua kelmarin memandangkan tiada jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung penambahan kuota berkenaan.

“Kuota sedia ada sebanyak 28,000 orang dan kita mohon lagi 10,000 kuota untuk jemaah Malaysia. Kita akan tunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini, semalam.

Malaysia sebelum ini pernah memohon penambahan kuota haji 10,000 orang berbanding kuota terkini dibenarkan kerajaan Arab Saudi 28,000 orang.
Kumpulan pertama kira-kira 400 jemaah Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci pada 17 September ini, manakala penerbangan terakhir pada 29 Oktober ini. Jamil berkata, isu jemaah umrah Malaysia tinggal lebih masa di Makkah baru-baru ini turut memberi kesan kepada penilaian kerajaan Arab Saudi dalam meluluskan kuota tambahan berkenaan.

“Saya berharap jemaah haji negara ini yang bakal berangkat ke Tanah Suci menjaga tingkah laku dan mengikut peraturan yang ditetapkan Tabung Haji (TH) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Saya harap mereka juga tidak terbabit dalam mana-mana perhimpunan yang boleh menimbulkan syak pihak berkuasa Arab Saudi yang mentakrifkannya sebagai perhimpunan haram,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pembunuhan Duta Amerika Syarikat ke Libya, J Christopher Stevens, 52, yang didakwa didalangi kumpulan militan negara itu kerana membantah penerbitan filem menghina Nabi Muhammad, Innocence of Islam, dikhuatiri menyebabkan ketegangan masyarakat dunia.

“Kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat itu walaupun tidak wajar, namun apabila sesuatu pegangan agama dihina ia mampu menimbulkan kemarahan dan dizahirkan dalam bentuk tindakan melampau seperti yang menimpa Duta Amerika Syarikat itu.

“Untuk itu saya ingatkan pegangan agama masing-masing harus dihormati. Bagi konteks Malaysia yang kini menyaksikan transformasi undang-undang dengan orang bebas menyatakan perasaan mereka, ia bagaimanapun harus dikawal dan jangan keluar daripada batas kawalan yang diizinkan demokrasi,” katanya.

Biar bertudung mengikut syarak


PELBAGAI jenis fesyen tudung membanjiri pasaran dan dipakai wanita Muslimah di negara ini. Alhamdulillah, kesedaran menutup aurat semakin difahami kebanyakan umat Islam kerana ia perintah Allah dan Rasul.
Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali pada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak suami mereka...” 
Cuma, persoalannya, apakah wanita yang memakai tudung ini tahu secara mendalam hakikat kewajipan yang ditentukan syarak itu?

Ramai wanita memakai tudung ketika bekerja di pejabat, tetapi di halaman rumah, mereka tidak mempedulikan tudung dan membiarkan aurat dilihat orang ramai yang bukan mahram.

Ada juga memakai tudung bagi memenuhi cita rasa fesyen semasa atau memenuhi istiadat rasmi seperti ke masjid dan mahkamah.

Lucu apabila ada wanita yang bertudung, tetapi memakai baju lengan pendek yang menampakkan aurat.

Lebih dahsyat, mereka memakai tudung, tetapi nyayian dan lagu sering didendangkan di khalayak umum.

Apakah mereka faham perbuatan itu dilarang Islam?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya wanita itu aurat, apabila mereka keluar maka syaitan akan menghiasinya.” (HR Tirmidzi)

Sebelum memerhatikan orang lain, lihat diri sendiri dan keluarga terdekat, apakah sempurna cara berpakaian, tahu bahagian mana aurat yang patut ditutup.

Tidak guna menutup di atas, tetapi membuka di bawah, seolah-olah mahu memperlekehkan ajaran Islam.

Tudung adalah lambang kesempurnaan seorang wanita yang menutup aurat. Tetapi apakah sekadar memakai tudung sudah dianggap sempurna dalam menutup aurat?

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbab (pakaian) mereka ke seluruh tubuh mereka, dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Allah sudah menjelaskan dalam al-Quran dan melalui pesuruh-Nya, Nabi Muhammad s.a.w bahawa menutup aurat adalah wajib bagi setiap wanita yang baligh.

Tiada pilihan kedua bagi mereka melainkan taat dan akur di atas seruan Allah itu.

Alangkah beruntungnya wanita yang bertudung kerana mereka mematuhi perintah Allah kerana ganjarannya amat besar selain mendapat keredaan Ilahi.

Ramai wanita sebelum ini tidak bertudung dan menutup aurat, tetapi apabila Allah mencampak hidayah-Nya dalam hati mereka, ada yang insaf dan kembali kepada agama.

Kadangkala mereka yang ingin berubah ini berhadapan pelbagai ujian yang mencabar keimanan seperti diperli, kehilangan kawan atau dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal.

Inilah di antara perasaan yang ditiupkan syaitan kepada hati-hati insan yang melihat kelebihan kebaikan pada insan lain. Mereka tidak mampu melakukan kebaikan itu, tetapi tidak suka apabila orang lain mendahului kebaikan berkenaan.

Tudung dipakai bukan suka-suka kerana perintah agama bukanlah boleh diperolok-olokkan kerana mana mungkin seorang yang memakai tudung hari ini, membukanya pada hari lain.

Mana mungkin tudung yang dipakai, tetapi jarang dan ketat. Ini termasuk dalam memperolok-olokkan agama dan diancam Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda, maksudnya: “…perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada maksiat. Rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga serta tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika pelakon dan artis menjadi acuan dalam bertudung, rugilah niat itu. Jika bertudung sekadar mengikut orang lain, kita tetap rugi kerana menjadi pak turut atau bertudung tetapi tidak solat, lagi rugi.

Tudung dipakai bagi menutup aurat, bukan membungkus aurat. Jika kepala kita dibungkus dengan tudung sehingga ke bahu sahaja tetap dikira tidak menutup aurat. Bahkan yang lebih bahayanya, orang lain mengikuti kita dan disangka ini cara syar’i menutup aurat.

Jika isteri Nabi dan Sahabat dijadikan idola dalam bertudung dan menutup aurat, pasti tiada sebarang syubhat dan kekeliruan. Adalah sunnah dan mendapat pahala mencontohi isteri Nabi dan Sahabat dalam berpakaian daripada mencontohi artis, model dan pelakon filem yang serba kekurangan.

Isteri Nabi dan Sahabat sering berpakaian labuh (jubah/abaya) berwarna gelap seperti hitam dan kelabu. Mereka menutup kepala hingga ke bawah paras dada mereka dengan dahi dan wajah yang tertutup kecuali kedua mata.

Bukanlah suatu kewajipan berniqab pada sisi agama, tetapi berniqab ini menjadi kesukaan dalam kehidupan seharian mereka. Memilih yang terbaik adalah amalan isteri Nabi dan Sahabat.

Mereka juga tidak mengenakan wangian ketika keluar melainkan untuk suami mereka, pakaian mereka itu tidak ketat, tidak jarang dan tidak syuhrah (bermegah), mereka berpakaian dengan menyelisihi pakaiannya orang musyrik dan kafir, sentiasa labuh sejengkal pakaian bagi menutupi kaki mereka.

Tidak cara lain untuk mengetahui bagaimana fesyen dan pakaian isteri Nabi dan Sahabat melainkan membaca hadis dan riwayat mengenai mereka. Terlalu banyak manfaat dan faedah yang boleh dicedok wanita yang berhasrat mendekati fesyen isteri Nabi dan sahabiyah ini.

Andai kita membuka hati perihal pakaian mereka melalui pembacaan, mendengar kuliah dan penelitian yang ikhlas mencari wajah Allah, insya-Allah pasti kita merasakan tiadalah kenikmatan dalam bertudung dan menutup aurat melainkan mencontohi mereka.

Ramai berubah diberikan hidayah Allah disebabkan meluangkan sedikit masa mencari kebenaran dalam bertudung dan menutup aurat ini.

Jaga-jagalah orang yang memperlekehkan wanita yang menjaga auratnya dengan sempurna setelah Allah berikan hidayah kepadanya.

Perhatikan juga orang yang menutup aurat dan sempurna tudungnya dari memperkatakan sesuatu yang dimurkai Allah. Sesungguhnya hak Muslimah yang menutup aurat dihormati manakala hak yang belum menutup aurat didakwahi dan didoakan.

Jika ditanya kepada kita, untuk siapa tudung itu dipakai, jawablah kerana Allah yang bersemayam di atas arasy dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala. 

Waspada syirik khafi

2012 - “UBAT tu memang bagus, kalau engkau makan, sekejap saja pening engkau tu hilang.” Itu antara dialog yang biasa kita dengar dalam perbualan kita bersama orang sekeliling.
Tidak kurang juga mengagumi seorang bomoh atau doktor yang disifatkan ‘pakar’ merawat penyakit tertentu. Lalu terkeluar pula ayat: “Aku dengan orang lain tak berapa serasi, bomoh tu saja yang faham penyakit aku.” 
Dalam situasi lain, seorang lelaki ditinggalkan kekasih hatinya. Lalu terdetik di hatinya dan terungkap melalui kata-katanya: “Aku tak boleh teruskan hidup tanpa si dia. Aku lebih rela mati daripada melihat si dia berpacaran dengan lelaki lain.”

Lebih malang lagi apabila si lelaki tadi mengamalkan apa yang dilafazkannya dengan membunuh diri. Sudahlah berdosa mensyirikkan Allah, kemudian melakukan dosa besar dengan membunuh diri pula.

Mungkin juga kita pernah mengungkapkan dialog di atas secara sedar atau tidak apabila berdepan situasi sebegini. Kedengaran seperti tiada apa salah silapnya, mungkin juga ia hanya perkara remeh yang tidak perlu dibincangkan.

Namun hakikatnya, perkara yang sering dipandang remeh inilah kadangkala menggoncang iman kita secara sedar atau tidak. Daripada sekecil-kecil bintik hitam, lama-kelamaan ia bertukar menjadi barah kepada iman dan akidah.

Kebanyakan daripada kita memang menjaga perkara yang boleh mendatangkan syirik jali (syirik jelas). Kita sedaya upaya mengesakan Allah dengan tidak menyembah berhala yang zahir.

Namun bagaimana pula penyembahan kepada ‘berhala ghaib’ yang mungkin kita lakukan secara tidak sedar dalam kehidupan seharian kita. Ini yang dinamakan sebagai syirik khafi atau dalam bahasa Melayunya disebut syirik tersembunyi.

Penyembahan kepada berhala ghaib sebenarnya dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti kebergantungan kepada sesuatu selain daripada Allah.

Contoh mudah adalah dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa kesihatannya bergantung dengan ubat-ubatan. Jika tiada ubat, sakitlah dia.

Tidak dinafikan, mencari ubat terbaik adalah satu ikhtiar dan usaha baik. Namun, perlu disematkan dalam hati bahawa ubat hanya wasilah dan ikhtiar untuk sembuh daripada penyakit, tetapi kepercayaan kepada yang menyembuhkan harus diiktikad kepada Allah SWT.

Kerana itu, apabila bercerita mengenai kehebatan sesuatu ubat kepada seseorang, jangan lupa lafazkan insya-Allah.

Sama juga seperti dalam kes seseorang yang baru putus cinta. Merasakan hidupnya tidak lagi bermakna selepas ditinggalkan kekasihnya, padahal ramai lagi wanita dan lelaki yang jauh lebih baik di luar sana.

Ahli ibadah juga adakala tidak terlepas daripada ‘penyembahan’ kepada berhala ghaib. Penyakit sangat ditakuti menyerang secara tidak sedar ini tidak lain dan tidak bukan adalah sifat riak.

Riak ketika melakukan amal ibadah membuatkan sesuatu ibadah itu tiada harga di sisi Allah. Contoh paling mudah ialah merasakan orang memerhatikannya sambil memuji: “Rajinnya si polan ini. Ada saja muka dia bersolat jemaah di masjid.”

Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 176, yang bermaksud: “... Mereka (orang munafik) pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

Dalam senario lain, penyembahan kepada pangkat dan kekayaan juga berlaku secara tidak sedar. Tidak dinafikan sebagai manusia kita digalakkan menghargai nikmat yang kita kecapi sekarang dengan mengimbau kesusahan yang pernah kita tempuhi pada zaman silam.

Namun, berhati-hatilah dengan penyakit ‘ujub’ yang boleh menjadi parasit dalam hati. Ujub membuatkan manusia berasa bangga dengan diri sendiri atas hasil titik peluhnya. Merasakan semua adalah usahanya, lantas tidak pernah terdetik di hati untuk mensyukuri nikmat Allah.

Lebih parah lagi, seolah-olah ada perasaan ‘dendam’ terhadap Allah kerana ‘membiarkan’ dia dalam kesusahan satu ketika dulu.

Ujub juga boleh berlaku apabila kita bersendirian. Kadangkala merasakan dirinya paling mulia lantaran amal ibadah dilakukan.

Jika diimbau kembali kisah penciptaan manusia, bagaimana iblis yang satu ketika dulu dimuliakan, akhirnya menjadi makhluk paling dilaknat Allah.

Bermula dengan syirik kecil, dengan merasakan dia lebih mulia kerana diciptakan daripada api, sedangkan manusia daripada tanah.

Lantas timbul perasaan ujub dan riak dalam diri iblis dan seterusnya enggan menuruti perintah Allah untuk sujud kepada penciptaan Allah ke atas manusia.

Lalu terakamlah dialog antara Allah dengan iblis yang membuatnya tersingkir daripada makhluk yang dimuliakan sebagaimana firman Allah: “Hai iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.” (Al-Hijr, ayat 32-34)

Sebenarnya, banyak lagi contoh syirik khafi berada dalam amalan manusia. Namun ia selalunya dipandang kecil oleh manusia.

Kita selalu sibuk menjaga diri daripada melakukan syirik jali (nyata), tetapi dalam diam rupa-rupanya syirik khafi menghakis keimanan kita dari hari ke hari.
Sememangnya syirik khafi tidak membatalkan iman manusia. Namun, harus diingat, sebesar-besar sesuatu itu bermula daripada kecil.

Kerana itu Rasulullah SAW menyatakan kegusaran baginda terhadap syirik yang tidak sedar ini melalui sepotong hadis bermaksud: “Syirik yang dilakukan oleh umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu besar.”

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, yang paling aku khuatir atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riak. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman: Pergilah kalian kepada orang- orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)

Kerana itu, syirik khafi dikhuatiri boleh mencederakan tauhid kepada Allah jika tidak benar-benar diawasi.

Lambaian Kaabah: Elak pakai kasut ketika ihram



2010- KELANA JAYA: Jemaah haji dinasihatkan untuk mengambil serius berkaitan tatacara pemakaian ihram terutamanya dalam aspek pemakaian kasut yang dilihat menjadi masalah utama jemaah haji ketika proses pemeriksaan sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Pengarah Operasi Tabung Haji, Stesen Kelana Jaya, Abdul Rahman Yusuf, berkata kebanyakan jemaah lelaki tidak memenuhi syarat pemakaian ihram yang mana memerlukan jemaah untuk memakai kasut yang tidak menutupi kelima-lima jari kaki dan tumit.

Menurutnya, jemaah digalakkan untuk memakai selipar kerana dapat membuka bahagian yang diperlukan selain lebih memberi keselesaan kepada mereka.
“Tetapi setiap kali pemeriksaan dilakukan pasti ada saja jemaah haji lelaki yang memakai kasut tutup dan pihak Tabung Haji terpaksa mencarikan alternatif lain seperti memberikan selipar kepada mereka (jemaah),” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, selain daripada itu, jemaah haji diminta memasang niat haji yang betul bagi mengelak berlakunya sebarang kesulitan dan keraguan ketika mengerjakan Rukun Islam kelima di Tanah Suci.

Katanya, kami menasihatkan jemaah haji untuk memasang niat haji ketika berada di dalam penerbangan iaitu selepas selesai menjamah makanan kali pertama yang mana akan diberikan dua jam selepas berlepas.
“Untuk mengelakkan daripada mengalami masalah ketika berada di Tanah Suci selain, jemaah haji perlulah membuat persediaan dari semua aspek,” katanya. Tambah beliau, pihak Tabung Haji sentiasa akan berusaha untuk membantu jemaah haji sebelum berlepas dan segala masalah yang dialami akan dibantu dengan sedaya upaya.

Pelajar Belasah Guru Disiplin




ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.

Friday 6 July 2012

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat


RasulluLlah bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yg tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.”
~Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah~



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Monday 2 July 2012

Membantu Mangsa Stroke


Pertolongan Pertama Mangsa Stroke
Pertolongan Pertama Pada Stroke (Dengan cara mengeluarkan darah pada
setiap hujung jari tangan dan hujung daun telinga

Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada
orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat
menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek
sampingan apapun.

Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT
yang dapat berhasil 100%.

Sebagaimana diketahui, orang ya ng mendapat serangan STROKE, seluruh
darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di
otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja,
maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah
yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi
sedikit.

Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus
tenang.

Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh
(misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN
DIPINDAHKAN! !! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal
akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak.
Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak
terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan.

Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada,
maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu
disterilkan dengan cara dibakar di atas api.

Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG
JARI TANGAN.

Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis
darah.

Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. 
Dalam jangka masa
kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali. >
Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA
DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna
kemerah-merahan.

Setelah i tu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG
BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap
hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk
mulut si penderita akan kembali normal.

Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang
berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau
hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan
kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab
serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja
dan pada bila-bila masa saja. 

Gambar Manusia Mempunyai Dua Kemaluan Iaitu Khunsa


Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Dan segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.
p/s: Paparan gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar di atas.