Smile

Follower List - Join my blog clik here

Saturday 14 April 2012

Hukum Haji Bagi Kanak-Kanak

Si Kecil Dalam Ihram
Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Haji. Jika kanak-kanak yang mumaiyiz (yang tahu membezakan antara kotor & bersih), tahu kerja-kerja Haji & membuatnya sendiri, maka Hajinya sah tetapi tidak menggugurkan fardu Haji dirinya. Ia boleh berniat Haji bagi dirinya dengan syarat diizinkan oleh bapa atau walinya.
Jika kanak-kanak itu belum mumaiyiz dan ada bersama-sama bapa atai walinya, maka bapa atau walinya lah yang meniatkan & melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak itu. Cara bapa atau wali berniat & melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz adalah seperti berikut:


Niat: Bapa atau wali hendaklah berniat dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram.
  1. Lafaz niat: Sahaja aku mengerjakan Haji atau Umrah atau Haji & Umrah untuk anakku/ tanggunganku & aku berihram dengannya kerana Allah swt.
  2. Menyempurnakan rukun & wajib-wajib Haji: Anak/Tanggungan itu hendaklah di bawa bersama untuk berwuquf di Padang Arafah, bermabit di Muzdalifah & bermabit di Mina & dicukurkan atau bergunting. Adapun Tawaf, Sa'ie & melontar maka bapa atau wali wajib mengerjakan kerja-kerja tersebut bagi dirinya sebelum daripada mengerjakannya bagi kanak-kanak yang tersebut.
  3. Penjagaan Larangan Dalam Ihram: Bapa atau wali wajib menajga anak/tanggungannya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam ikhram. Jika kanak-kanak itu (yang belum mumaiyiz) melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram tidak dikenakan Dam. Tetapi bagi kanak-kanak yang mumaiyiz wajib disempurnakan Dam. 
Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah Haji sunat, tidak menggugurkan Haji fardunya. ini bererti apabila ia baligh wajib ia mengerjakan Haji fardu. Ibu atau bapa yang melakukan Hajinya & mendapat pahala, berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa al-Tarmizy dengan katanya:

Maksudnya: Seorang perempuan telah menunjuk anak lelakinya kepada Rasullullah saw serta berkata, Wahai Rasullullah adakah bagi anak ini Haji? Jawab Rasullullah saw ''Ya, dan bagi puan pahala."

Sewaktu mengerjakan Haji kanak-kanak itu dibolehkan mengutip anak-anak batu bagi tujuan melontar. Tetapi seelok-eloknya bapa atau wali hendaklah memungut & memberikan kepada anaknya untuk melontar atau bapa/wali melontarkan untuk anaknya.


No comments:

Post a Comment