Smile

Follower List - Join my blog clik here

Tuesday 10 April 2012

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Ibnu Abbas menceritakan, ketika haji Wada, Rasullullah saw memegang pintu Kaabah, kemudian menghadapkan wajahnya kepada orang ramai. lalu berkata kepada mereka:
"Wahai sekalian orang islam, antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan, kehendak syahawat diikut, para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan fasik."
Tiba-tiba, Salman al-Farisi bangun ke arah beliau dan berkata, "Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan wahai Rasullullah, apakah perkara tersebut benar-benar akan berlaku,"


Rasullullah menjawab, "Benar wahai Salman. ketika itu kemungkaran dianggap sebagai perbuatan yang baik, sedangkan perbuatan yang baik dianggap sebagai kemungkaran. Ketika itu hati orang islam larut di dalam badannya seperti garam yang larut di dalam air. Ini kerana dia melihat kemungkaran tetapi tidak sanggup mengubahnya. Ketika itu seorang pengkhianat dipercayai, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pendusta di anggap seorang yang jujur, sedangkan orang yang jujur di anggap sebagai pendusta. Orang paling mulia ialah orang yang beriman yang berjalan di tengah golongan manusia dalam keadaan takut, sekiranya dia berbicara mereka akan memakannya, dan jika dia berbicara, dia akan mati kerana kemarahan di dalam dirinya. Wahai Salman, satu bangsa itu tidak akan menjadi mulia sekiranya golongan yang kuat memakan yang lemah. 


Ketika itu hujan jarang turun, anak sangat dibenci, orang hina berada di mana-mana dan orang mulia pula sukar ditemui, Ketika itu orang kaya disanjungi tinggi, agama dijual dengan dunia, Kesenangan dunia dicari melalui amalan akhirat, lelaki dan wanita menjalinkan hubungan dan wanita juga mengadakan hubungan bersama wanita. Mereka adalah sebahgian umatku yang mendapat laknat Allah swt. Ketika itu umatku disusuli oleh bangsa lain yang tubuh mereka manusia, tetapi hati mereka adalah hati syaitan. 


Sekiranya umatku bersuara, mereka dibunuh, dan sekiranya diam, darah mereka dihalalkan. Mereka tidak menyayangi anak kecil dan tidak menhormati orang tua. Alangkah buruknya perbuatan mereka. Ahli keluarga dikasari. Hukum mereka boleh dibicarakan. Wanita diangkat menjadi pemimpin. Mereka meminta pendapat daripada kanak-kanak. Anak kecil dipuja. Mempunyai ramai tentera. Orang lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan mereka juga mengamalkan zina. Ramai penyanyi wanita muncul.


Al-Quran dilagukan bacaannya, orang hina lebih kerap diminta bercakap. Dia membicarakan masalah secara umum, yang sebelumnya tidak pernah dibicarakan. Pada masa itu, masjid-masjid dihiasi dengan pelbagai hiasan seperti gereja dan biara yang dihiasi dengan pelbagai hiasan. Mushaf al-Quran dengan emas, mimbar-mimbar dibuat dengan kayu lebar, terdapat banyak saf jemaah, tetapi hati manusia saling berjauhan. Perkataan mereka juga pelbagai macam. Siapa yang mendapat kurniaan, dia bersyukur, sedangkan yang tidak beroleh apa-apa menjadi kufur.


Pada masa itu, akan datang umatku yang menjadi tawanan-tawanan dari timur dan barat. Orang yang lemah akan binasa dan mendapat kecelakaan dari Allah. Sekiranya bercakap, mereka akan dibunuh, tetapi sekiranya diam, mereka tetap dibunuh. Mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam kederhakaan kepada Allah.


Pada masa itu isteri bersekutu dengan suami dalam urusan suami. Seorang anak menderhakai bapanya tetapi berbuat baik terhadap sahabatnya. Mereka memakai kulit biri-biridi atas hati serigala. Ulama mereka lebih buruk daripada bangkai. Pada masa tersebut, ibadah mereka hanya dengan membaca lafaz-lafaz ibadah yang tidak mereka fahami kandungannya. Mereka disebut sebagai orang yang kotor oleh kerajaan langit dan bumi. 


Pada masa itu kitab Allah dijadikan nyanyian. Kitab Allah diletakan pada punggung mereka. Mereka tidak menegakkan hukum yang ditetapkan Allah dan mematikan sunahku. Mereka menghidupkan amalan bida'ah. Tidak menyuruh orang lain berbuat baik dan menghalang kemungkaran. Ketika itu anak-anak kecil, melamar seperti melamar seperti melamar wanita, pasar-pasar semakin banyak. Sekiranya masing-masing berkata, "Aku tidak menjual dan aku tidak membeli" Sedangkan tiadak ada yang memberikan rezeki melainkan Allah. Pada masa tersebut, orang yang berkuasa adalah mereka yang jahat merampas hak orang ramai dan menakut-nakutkan mereka. Engkau akan melihat ramai orang menggeletar ketakutan.


Ketika itu Ibadah haji dibesar-besarkan. Orang terkenal menunaikan haji kerana  hawa nafsu. Golongan menengah pula kerana mahu berniaga. Orang miskin pula menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat gelaran."


"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.


Rasullullah saw menjawab, "Benar wahai Salman."


(Muhyiddin Al-Araby, Muhadharat Al-Abrer dan An-Nabhany Hujjatullah Alal-Alamin) 


~Intisari dari khutbah Rasullullah~

  • Solat tidak lagi didirikan
  • Manusia terlalu mengikut kehendak hawa nafsu
  • Pemimpin yang dilantik mengkhianati rakyatnya serta melakukan maksiat.
  • Kemungkaran dianggap kebaikan, sedangkan kebaikan itu pula diterima sebagai kejahatan.
  • Jiwa orang islam sangat lemah sehingga tidak lagi sanggup mencegah kemungkaran.
  • Rakyat mempercayai orang yang berdusta dan khianat, sedangkan orang yang amanah dianggap penipu.
  • Orang islam berada dalam ketakutan ditengah masyarakat yang merelakan yang gagah menindas yang lemah.
  • Hujan jarang turun.
  • Anak dibenci dan tidak diingini.
  • Semakin ramai orang yang hina, sedangkan orang yang mulia sukat ditemui.
  • Orang kaya disanjung tinggi.
  • Agama dijual dengan dunia.
  • Kesenangan dunia diperoleh melalui amal-amal akhirat.
  • Lelaki dan wanita menjalinkan hubungan dengan bebas.
  • Meluasnya amalan homoseksual.
  • Ahli keluarga dikasari.
  • Hukum dipermainkan.
  • Wanita dilantik menjadi pemimpin utama.
  • Meminta pandangan daripada kanak-kanak kecil.
  • Terlalu memuja anak-anak kecil.
  • Mempunyai tentera yang ramai.
  • Kaum lelaki memakai emas sebagai perhiasan.
  • Orang lelaku mengamalkan zina.
  • Muncul ramai penyanyi wanita.
  • Bacaan al-Quran dilagukan tetapi tidak diamalkan.
  • Orang yang hina diketengahkan untuk memberikan pendapat.
  • Masjid-Masjid dihias indah dengan pelbagai jenis hiasan, sehingga kelihatan seperti gereja & biara.
  • Mushaf al-Quran ditulis dengan tulisan emas.
  • Mimbar-mimbar khutubah dibina dengan besar & luas.
  • Ramai orang mengerjakan solat tetapi hati mereka tidak khusyuk.
  • Orang islam akan ditewaskan dan menjadi tawanan.
  • Isteri juga melakukan kerja-kerja suami.
  • Anak menderhakai bapanya tetap sangat baik dengan sahabatnya.
  • Ulama mereka pada waktu itu sangat jahat.
  • Ibadah yang dilakukan sekadar ucapan & bacaan tertentu yang tidak diketahui maknyanya. Apa lagi mengamalkannya.
  • Kitab al-Quran dijadikan nyanyian.
  • Meninggalkan sunnah Rasullullah saw dan menggalakkan bida'ah.
  • Meninggalkan seruan melakukan kebaikan dan menhentikan kemungkaran.
  • Pasar semakin banyak.
  • Orang yang berkuasa adalah orang yang jahat dan merampas hak orang ramai serta menakut-nakutkan mereka.
  • Ibadah haji dilakukan untuk menunjuk-nunjuk.
  • Orang kaya menunaikan haji kerana menurut hawa nafsu.
  • Orang menengah mengerjakan haji untuk berniaga.
  • Orang miskin menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat gelaran.














No comments:

Post a Comment