Smile

Follower List - Join my blog clik here

Monday 21 January 2013

SEJARAH DAN KONSEP AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH BAB 1


SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH

Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM)
Oleh: Syaikh Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammady

PENDAHULUAN
TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah umat ini dan ianya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam -yang memang tidak boleh dielakkan- hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi.

Dalam nota ringkas ini insya’Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini berhubungan dengan identity umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedah bersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata-mata, walau bagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri. 


BAB I
SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah Jama'ah Musliminmemang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu "jama’ah" dan "firqah" denganpluralnya "firaq".

Dalam Sunan Ibn Majah (m/s.1) riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu; maksudnya:
"Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak (firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan".

Dalam catitan notakakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka yang dikatakan "umatku" itu adalah umat ‘ijabahahli Kiblat, dan perpecahan yang dimaksudkan itu adalah dalam bidangusul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan dalam bidang furu' dan 'amaliyat. Sebuah hadith lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda; maksudnya:

"Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga". "Demi Tuhan yang diri Muhammad salla'Llahu 'alaihi wa sallam berada dalam Tangan Kekuasaan-Nya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka". Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam ditanya: "Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?" Jawab Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam: "Jama'ah".

Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah "Jama'ah". Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id (m/s.3) bahawa isnadnya terdiri daripada mereka yang tsiqah (dipercayai). Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhubahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda; maksudnya:

"Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu "al-Jama'ah".

Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah "al-Jama'ah". Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan (m/s.5) isnadnya adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu tsiqah).  

Kepentingan berpegang kepada Jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu, katanya bahawa Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda bila diminta Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam menyifatkan penyeru-penyeru kepada Neraka Jahannam pada akhir zaman, katanya:

"Mereka itu kaum dari bangsa kita (jildatinadan bercakap dengan bahasa kita". Lalu Hudhaifah radiya'Llahu 'anhu bertanya: "Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?" Jawab Bagindasalla'Llahu 'alaihi wa sallam: "Hendaklah tuan hamba berpegang kepada Jama’ah Muslimin dan para Imam mereka. Maka kalau tidak ada Jama’ah dan tidak ada Imam mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu".

Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada Jama’ah Muslimin dan Imam mereka.Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada Jama’ah Muslimin dan Imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari (m/s.7) riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu; di dalamnya disebutkan oleh Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam penyeru-penyeru yang menyeru manusia kepada Neraka Jahannam, dan Hudhaifah radiya'Llahu 'anhu meminta arahan daripada Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam; maksudnya:

"Hendaklah engkau berpegang kepada Jama’ah Muslimin dan Imam mereka.... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu".

Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaqal-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan umat dalam bab awal kitabnya itu.

Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu. Bagindasalla'Llahu 'alaihi wa sallam diriwayatkan bersabda; maksudnya:

"Benar-benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatandan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'ina millatanmelebihi mereka itu satu golongan(millah)”. Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan). Mereka bertanya Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?". Jawab Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam; "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para Sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)".

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripadaAnas radiya'Llahu 'anhu melalui Qatadah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallambersabda; maksudnya:

"Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqahdan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-Jama'ah".

'Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak isnad-isnadnya. (m/s.9)

Satu jama’ah daripada para Sahabat radiya'Llahu 'anhum meriwayatkan hadith itu daripada Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam seperti Anas bin MalikAbu Hurairah, Abu Darda'JabirAbu Sa'id al-KhudriUbay bin'Ka'ab'Abdullah bin 'Amr bin al-'AsAbu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa' dan yang lain daripada mereka radiya'Llahu 'anhum itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' al-Rashidin radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan sahaja yang selamat, yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat, dan mereka mengalami kebinasaan. Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam menunjukkan kecelaan kaum Qadariyyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini.

Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam yang menunjukkan kecelaan kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyyah itu; ada riwayat yang menunjukkan kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) radiya'Llahu 'anhum berkenaan dengan kecelaan kaum Qadariyyah, Murji'ah dan Khawarij.

Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi (m/s.12) yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli Neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu' tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu' fiqh. Pada pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Kedua-nya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam mendetailkan sebutan tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah) sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalamal-Wa'd dan al-Wa'id, bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Takdir baik dan buruknya, bab hidayahdan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab Ru'yah atau Idrak(Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab Sifat-Sifat Allah dan Nama-Nama-Nya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah bersepakat.

Yang tidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'l-Ahwa'ad-Dollah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada Qadariyyah, Khawarij, Rawafid, Najjariyyah, Jahmiyyah, Mujassimah dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat.

Ringkasnya, mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-dinHadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, (m/s.14) riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu; diriwayatkan bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda; maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu juga, dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (firqah)".

Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih. Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi (m/s15) dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda; maksudnya:

"Benar-benar akan berlaku ke atas ummatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehingga jikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millahdan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millahsemua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para Sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam: "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti)perjalanan hidupku dan para Sahabatku". Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam, maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, (m/s.16) riwayat daripada 'Irbad bin Sariyahradiya'Llahu 'anhu katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabisalla'Llahu 'alaihi wa sallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki:

"Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda; maksudnya:

"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan hendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru(dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu".
Hadith hasan sahih.

Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam dan perjalanan para Khulafa' al-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.

Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah (m/s.17), juga riwayat dari 'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda selepas daripada Bagindasalla'Llahu 'alaihi wa sallam memberi nasihat yang cukup berkesan pada hati, katanya; maksudnya:

"Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba HabsyiDan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengada-adakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah kesesatan".

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat daripada hadith terdahulu, iaitu 'ikhtilafah shadidan'mengganti 'ikhtilafan kathiran'. Yang ditekankan dalam hadith ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam dan para Khulafa' al-Rashidin.

Berkenaan dengan konsep Khulafa' al-Rashidin, dikatakan oleh pentahkiknya bahawasanya ada qaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin Muslimin (min a'immat'ul-Islam). Kata beliau lagi:

Mereka itu adalah para khalifah bagi RasuluLlah salla'Llahu 'alaihi wa sallam yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para Khulafa' sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam maksudnya:

"Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku". Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallamditanya: "Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?" "Mereka yang menghidupkan Sunnahku...." (hadith riwayat dari al-Hassan). (m/s.18)

Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah (m/s.19) juga riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya; maksudnya:

"Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang ('yang putih' [al-baida'] yang bermaksud millah dan hujah yang nyata yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malamnya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat perselisihan yang banyak ('ikhtilafan kathiran'); maka hendaklah kamu berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah Swt). Hendaklah kamu berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mukmin itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mukmin yang tidak takabur dan merendah diri itu mengikut peraturan Syara') di mana ia dibawa".

Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam dan perjalanan Khulafa' al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu perjalanannya.

Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajarnya yang dituntut oleh Syara'. Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan umat dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang Mukmin itu mengikuti Sunnah Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam, Sunnah Khulafa' al-Rashidin, dan perjalanan para Sahabat, Allah meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas ini. Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan para ulama' kita yang muktabar.

Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati dalam al-Qur’an yang kerap menyebut tentang Ahlil Kitab yang terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini tersebut juga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut "golongan" itu ialah antaranya "firqah" jamak "firaq", "millah", tapi tidak disebut jamaknya; yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya.

Orang yang terseleweng daripadanya adalah orang yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik yang dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas ajaran dan pegangan yang non-native, yang menjadi penentu, atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya. (m/s.20)

Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benarnya. Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem keilmuannya dihuraikan kemudiannya.

Sumber rujukan dari : 
https://www.facebook.com/pages/Institute-of-Traditional-Islamic-Studies/128718040563915
Edit, susun dan kemasan semula oleh Lebai Kampung

No comments:

Post a Comment