Smile

Follower List - Join my blog clik here

Monday 21 January 2013

SEJARAH DAN KONSEP AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH BAB 2


BAB II
Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yg kemudiannya membawa kepada berbagai perselisihan dan khilaf itu, munasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yg berhubungan dgn hal itu. Antaranya ialah sebagaimana yg disebutkan oleh al-Baghdadi Rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'l-Firaq nya. (m/s.21)

Dinyatakan oleh beliau bahawa pada masa wafat Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam (iaitu pada tahun 10 Hijrah) Islam berada dalam perjalanan agama yg satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain drpd mereka yg menzahirkan persetujuan dan yg menyembunyikan kemunafikan.

Perkara khilaf yg pertama berlaku ialah berkenaan dgn kewafatan Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam. Akhirnya mereka yg menyangka Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam tidak mati tetapi diangkat oleh AllahSubhana wa Ta’ala sebagaimana Sayyiduna 'Isa alaihis sallam, bersetuju Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam memang [telah] wafat bila[mana] Sayyidina Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu membaca ayat yg bermaksud:

"Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati". (m/s.22)

Beliau (Sayyidina Abu Bakar) juga berkata kpd mereka:

"Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda [salla'Llahu 'alaihi wa sallam] telah wafat, dan sesiapa yg menyembah Tuhan Muhammad, maka Ia Maha Hidup dan tidak mati".

Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam. Akhirnya ia selesai dgn Sayyidina Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kpd mereka hadith drpd Nabiysalla'Llahu 'alaihi wa sallam yg bermabsud:

"Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat." (m/s.23)

Maka Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam dikebumikan di dalam bilik rumahnya di Madinah.

Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dgn Khilafah pula, bila pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kpd Sa'ad bin 'Ubadah; kemudian pihak Quraisy menyatakan bahawa Imamah mestilah di tangan orang-orang Quraisy berdasarkan kpd hadith yg bermaksud:

"Imam-imam hendaklah dari kalangan orang-orang Quraisy".

Ikhtilaf  berkenaan dgn Imamah ini berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-BaghdadiRahimahu'Llahu Ta'ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan umat Muslimin. Kemudian timbul ikhtilaf  berkenaan dgn harta Fadak, yg akhirnya diselesaikan dgn Sayyidina Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadith yg bermaksud:

"Sesungguhnya para Anbiya' tidak dipusakai..". (m/s.25)

Selepas itu timbul pula masalah tentang mereka yg tidak mahu menunaikan zakat, dan diselesaikan selepas itu mereka bersetuju dgn keputusan Sayyidina Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu bahawa golongan yg enggan itu hendaklah diperangi. Kemudian dari itu mereka disibukkan dgn peperangan melawan Tulaihah apabila ia mengaku menjadi nabi dan murtad drpd agama Islam. Selepas ia lari ke Syam [Syria], kemudian kembali dalam zaman Sayyidina Umar radiya'Llahu 'anhu kpd agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas radiya'Llahu 'anhu dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand.

Kemudian kaum Muslimin sibuk dgn peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta al-Aswad bin Zaid'ansi. Lepas itu mereka sibuk dgn membunuh golongan yg lain yg murtad dgn keluar drpd agama Islam. Kemudian mereka sibuk dgn peperangan melawan kerajaan Rom di timur dan juga kerajaan Parsi [di barat], dan Allah Subhana wa Ta’ala membuka negeri-negeri buat mereka. Pada masa itu mereka berperang berdasarkan kpd pegangan yg satu [iaitu] tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa'dal-Wa'id, dan lain-lain hal dalam [perkara] Usulu'd-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh, ada berlaku beberapa perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya dalam hal keadaan datuk [yg] menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dgn bapa dan emak atau serta dgn bapa, dan demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kpd timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Sayyidina Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in. Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dgn Sayyidina  'Uthman bin 'Affanradiya'Llahu 'anhu dan perkara-perkara yg dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf  lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yg menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudiannya, sampailah pada zaman al-Baghdadi, dan boleh juga kita katakan ianya sampai abad kita [sekarang] ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan Sayyidina 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yg terlibat dalam peperangan al-Jamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah, yg mana sehingga mereka yg terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash'aridan 'Amru bin al-'Asikhtilaf yg melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan [zaman] kita sekarang [dan] boleh mengatakan ianya kekal hingga ke hari ini. Kemudian dalam zaman muta'akhirindari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyyah berkenaan dgn Qadar dan istita'ah atauikhtiar makhluk, yg datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja'd bin Darham. Sebenarnya mereka yg muta'akhirin dari kalangan para Sahabat bebas drpd kesesatan perkara itu semua, seperti 'Abdullah bin 'AmrJabir bin 'AbdullahAbu HurairahIbn 'AbbasAnas bin Malik,'Abdullah bin Abi Aufa'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yg semasa dgn mereka itu. (m/s.26)

Mereka ini mewasiatkan kpd org ramai supaya jangan memberi salam pada golongan Qadariyyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu. Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarijsehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yg lain lagi. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hasan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dgn Wasil bin 'Ata'dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufur); [dan] masalah itu menjadi bertambah rumit dgn timbulnya bid'ah drpd 'Amru bin 'Ubaid bin Bab yg keduanya disingkir oleh al-Hasan al-Basri drpd majlis [ilmu]nya, lalu mereka berdua meninggalkan jama’ah di Masjid Basrah. Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil [golongan]Mu'tazilah kerana mereka itu memisahkan diri drpd pegangan umat di mana mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mukmin dan juga tidak kafir. (m/s.27)

Adapun golongan Rawafid maka cawangan[nya] yg dipanggil al-Sababiyyah di kalangan mereka menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman Sayyidina 'Ali bin Abi Talib karama’Llahu wajha’ lagi. Mereka itu dihukum oleh Sayyidina 'Ali karama’Llahu wajha’ dan [pemimpin mereka iaitu] Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana [perbuatan] bid'ahnya [itu].

Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat Sayyidina 'Ali karama’Llahu wajha’sebagai Tuhan. Selepas zaman Sayyidina 'Ali karama’Llahu wajha’, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan iaitu Zaidiyyah, Imamiyyah, Kaisaniyyah dan golongan Ghulat (pelampau).

Zaidiyyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyyah dan Ghulat, yg satu golongan mengkafirkan [golongan] yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar drpd umat Islam. Adapun golongan Zaidiyyah dan Imamiyyah, mereka terbilang drpd golongan Islam (firaq al-Islam); (m/s.28)

Kemudian muncul golongan Bakriyyah [juga] berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan [sesama mereka]; timbul khilaf dari golongan Bakriyyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf [dari] golongan Dirariyyah [yg pelupornya ialah] dariDirar bin 'Amr, dan khilaf [dengan golongan] al-Jahmiyyah [yg di ambil] dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatan [Qadariyyah]nya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan [ajaran] Batiniyyah dan mereka ini bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah drpd golongan [agama] Majusi. Dan muncul dalam zamanMuhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf [dan golongan ini dinamakan golongan]al-Karramiyyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyyah dari kalangan Rawafid, yg kuat di kalangan mereka ialah tiga golongan iaitu Janidiyyah, Sulaimaniyyah juga dipanggil [sebagai golongan] Haririyyah dan al-Batriyyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang Imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib [cicit Sayyidina Alikarama’Llahu wajha’] pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik

Dari golongan Kaisaniyyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun [pepecahan dikalangan mereka] akhirnya mereka kembali [menjadi] kepada dua golongan sahaja. Satunya yg mendakwa bahawaMuhammad bin al-Hanafiyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai Imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal Imamahnya itu berpindah kpd org lain. Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyyah, Kaisaniyyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyyah, al-Baqiriyyah, al-Nawisiyyah, Shumaitiyyah, 'Ammariyyah, Isma'iliyyah, Mubarakiyyah, Musawiyyah, Qat'iyyah dan Ithna 'Asyariyyah [mazhab Ayotullah Khomeini].

Hishamiyyah drpd kalangan pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, [manakala] Zharariyyah dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyyah dari pengikutYunus al-Qum’mi dan Shaitaniyyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji terhadap Sayyidina 'Ali karama’Llahu wajha’ dan para Sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhuma.

Inilah dua puluh golongan yg merupakan golongan Rawafid; tiga drpd[nya dari golongan] Zaidiyyah, dua dari [golongan] Kaisaniyyah dan lima belas dari [golongan] Imamiyyah. Adapun golongan Ghulat mereka itu yg berpegang kepada ketuhanan Imam-Imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh Syara', dan yang menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada Syari’at sama seperti yg dilakukan oleh goloangan sesat dari kalangan Bayyaniyah, Mughiriyyah, Janahiyyah, Mansuriyyah, Khattabiyyah dan Hululiyyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Sesungguhnya mereka itu semua bukannya drpd golongan Islam walaupun mereka itu mengakui dan mengaitkan diri mereka dengan Islam.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyyah, Najdiyyah, Sifriyyah, 'Ajradiyyah dan drpd 'Ajradiyyah [ini ia] berpecah [lagi] menjadi Khazimiyyah, Shu'aibiyyah, Ma'lumiyyah, Majhuliyyah, Ma'badiyyah, Rashidiyyah, Mukarramiyyah, Hamziyyah, Ibrahimiyyah dan Wafiqiyyah.

[Dan] dari golongan lbadiyyah timbul [pula] perpecahan menjadi Hafsiyyah, Harithiyyah, Yazidiyyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah Subhana wa Ta’alaYazidiyyah itu ialah dari kalangan mereka yg mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka itu bukan drpd golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kpd pendapat bahawa Syari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dgn adanya nabi yg dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam).

Demikian juga [golongan] drpd 'Ajradiyyah itu timbul [pula] golongan Maimuniyyah yg bukan drpd golongan Islam juga kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyyah dan Maimuniyyah itu dinisbahkan kpd golongan Islam.

Golongan Qadariyyah Mu'tazilah yg memisahkan diri mereka dari yang baik, berpecah [pula] kepada dua puluh golongan, [se]tiap satunya mengkafirkan [golongan] yang lainnya. Mereka itu ialah golongan lsliyyah, 'Umariyyah, Hudhailiyyah, Nazzamiyyah, Amwariyyah, 'Umariyyah, Thumamiyyah, Jahiziyyah, Hayitiyyah, Himariyyah, Khayyatiyyah, Sahhamiyyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyyah, Kalblyyah, Jubba'iyyah, [manakala bagi golongan] Hashimiyyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn al-Jubba'i. Mereka itu terdiri drpd dua puluh golongan, dua daripadanya bukan drpd golongan Islam iaitu golongan Hayitiyyah dan Himariyyah. (m/s.29)

Golongan Murji'ah ada tiga cawangan; satunya mereka yang Murji'ah beriman dan berpegang kpd Qadar mengikut mazhab Qadariyyah, maka dengan itu mereka terbilang di kalangan golongan Qadariyyah; keduanya Murji'ah seperti Abu Shimir al-Murji'i dan Muhammad Shabib al-Basri al-Khalidi. Satu golongan lagi ialah mereka yang beraliran Murji'ah beriman dan cenderung kepada ajaran Jahm dalam bab amalan-amalan, maka mereka itu daripada golongan Jahmiyyah dan Murji'ah. Satu golongan lagi ialah golongan Murji'ah' dan cenderung kepada aliran yang lain. Mereka ialah golongan- yang dari golongan Yunsiyyah, Ghassaniyyah, Thaubianiyyah, Tuminiyyah dan Muralsiyyah. Adapun golongan Najjariyyah pada zaman al-Baghdadi mereka berada di Rayy, mereka terdiri daripada sepuluh golongan lebih; mereka ini kembali kepada asal tiga golongan iaitu Burghuniyyah, Za'faraniyyah dan Mustadrikah.

Adapun golongan Bakriyyah dan Dirariyyah, tiap-tiap satunya adalah satu golongan tersendiri yg tidak mempunyai pengikut yg ramai, demikian juga golongan Jahmiyyah satu golongan tersendiri, dan golongan Karramiyyah berada di Khurasan, terdiri drpd tiga golongan iaitu Haqqaqiyyah, Tarayiqiyyah dan Ishaqiyyah, tetapi tiga golongan ini tiap satunya tidak mengkafirkan yg lainnya.

Selepas menyenaraikan firqah-firqah itu, al-Baghdadi Rahirnahu'Llahu Ta'ala menyatakan (m/s.30) bahawa itulah firqah-firqah yg disenaraikannya yg terdiri drpd tujuh puluh dua firqah itu;
  1. Dua puluh drpdnya dari kalangan Rawafid,
  2. Dua puluh dari kalangan Khawarij,
  3. Dua puluh lagi dari kalangan Qadariyyah,
  4. Sepuluh dari kalangan Murji'ah dan
  5. Dua dari kalangan pecahan Najjariyyah, Bakriyyah, Dirariyyah, Jahmiyyah dan Karramiyyah.
Inilah yang dikatakan Tujuh Puluh Dua firqah itu.

Lepas itu beliau menyebutkan golongan yg ketujuh puluh tiga [itu], katanya; itulah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yg terdiri drpd dua golongan besar di kalangan mereka iaitu golongan yg byk berpegang kpd pendapat (al-ra'y) (selain drpd mereka berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah), dan mereka yg berpegang kpd hadith (iaitu mereka lebih banyak bersandar kepada hadith drpd menggunakan [akal] fikiran di dalam memutuskan sesuatu [perkara]). Beliau menyatakan bahawa golongan fuqaha' mereka itu, juga golongan qurra'nya, ahli-ahli hadithnya, golongan ilmu kalamnya, di kalangan ahli-ahli hadith dari kalangan mereka bermuafakat di atas pegangan yang satu tentang mentauhidkan Tuhan yang menjadikan alam ini, serta Keadilan-Nya, Hikmat-Nya, Nama-nama-Nya, dan Sifat-sifat-Nya, juga mereka bermuafakat di dalam bab-bab nubuwwah, juga bab Imamah, mereka juga bermuafakat tentang hukum-hukum di alam akhirat, dan lain-lain lagi yg terdiri drpd masalah-masalah usulu'd-din atau pun perkara-perkara asas dalam agama.

Mereka ini hanya berikhtilaf dalam masalah halal haram drpd perkara-perkara yg furu' atau cawangan-cawangan dalam bab hukum, dan tidak ada dalam perkara-perkara yg mereka ikhtilafkan itu yg sehingga boleh membawa kpd kesesatan atau kefasikan.

Mereka itulah yg merupakan firqah yg selamat (al-firqah al-najiyah) yg bersepakat dalam berikrar tentang keesaan Tuhan yg menjadikan Qidam-Nya dan Qidam Sifat-sifat-Nya yg Azaliyah dan harus memandang-Nya dgn tidak ada tashbih dan ta'til [di akhirat kelak]; juga mereka bersepakat tentang berikrar beriman terhadap kitab-kitab Allah Subhana wa Ta’ala, para Rasul-Nya dan percaya mereka itu diperkuatkan dan ditolongkan lagi dengan Syari'at Islamiyyah, dan mereka itu mengharuskan apa yang diharuskan oleh al-Qur’an dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Qur'an serta pula dgn kawalan-kawalan drpd apa yg sah datangnya drpd Sunnah Nabiy Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, mereka juga bersepakat dalam beriman kpd Hari Kebangkitan dan Perhimpunan Hari Akhirat, tentang Soalan Munkar dan Naqir, tentang Kolam Nabiy salla'Llahu 'alaihi wa sallam, tentang Neraca Timbangan Amal.

Maka sesiapa yang beriman dgn semua [ini iaitu seperti yg disebutkan itu tadi] dan tidak mencampurkannya dgn sesuatu drpd perkara bid'ah-bid'ah [golongan] Khawarij, Rawafid dan Qadariyyah serta yg lain-lain dari kalangan mereka yg mengikuti hawa nafsu mereka sendiri itu maka [ia] tergolonglah ke dalam golongan yang selamat, kalaulah takdirnya habis umurnya dalam keadaan [yg se]demikian itu.

Termasuk juga ke dalam golongan yg selamat ini ialah jumhur umat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yg terdiri drpd para pengikut Imam Malik Rahimahu'Llahu Ta'alaas-Syafi’ieRahimahu'Llahu Ta'alaAbu Hanifah Auza'ie Rahimahu'Llahu Ta'ala, [ath-]Thauri dan Daud ZahiriRahimahu'Llahu Ta'ala.

Dalam [kitab yg berjudul:] Bughyatu'I-Mustarshidin (m/s.32) disebutkan bahawa yg dikatakan tujuh puluh dua golongan yg sesat itu ialah mereka yg terdiri drpd tujuh golongan.
  • Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja Sayyidina 'Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina 'Umar dan Sayyidina 'Uthmanradiya'Llahu 'anhum. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.
  • Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali radiya'Llahu 'anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yg melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan.
  • Ketiga, kaum Mu'tazilah yg mempunyai fahaman bahawa Allah Subhana wa Ta’ala tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dgn bebas merdeka, dan [mereka berpegang] bahawa Tuhan tidak boleh dilihat di dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabiy salla'Llahu 'alaihi wa sallam adalah dengan roh[-nya] sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.
  • Keempatnya, ialah kaum Murji'ah yg mempunyai pegangan bahawa sesiapa yg melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat bila ia sudah beriman, sebagaimana kata mereka bila seseorang itu kafir maka kebajikan yg bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.
  • Kelimanya ialah golongan Najjariyyah yg mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai Sifat-Sifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran.
  • Keenamnya ialah kaum Jabbariyyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.
  • Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai Sifat-Sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arasy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. [Fahaman golongan ini hampir sama dgn fahaman golongan Wahabi].
Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan. Manakala golongan yang selamat itu ialah golongan yang satu sahaja yakni golongan Ahli's Sunnah wal-Jama'ah.

Sebagai reaksi drpd apa yg timbul itu yg membawa kpd timbulnya berbagai firqah, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam [ilmu] usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Asya'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu.

Dari segi 'aqidah, seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yg menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asya'ariyyah atau Asya'irah.Abu-Hasan al-Asya'ari lahir di Basrah tahun 260Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah Subhana wa Ta’ala. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-DiyanahMaqalat al-Islamiyyindan al-Mujaz.

Antara para ulama besar yg menyebarkan aliran al-Asya'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal(men.365Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'hani (men.411Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465Hijrah), Imam al-Baqillani, dengan kitab at-Tauhidnya yang terkenal (wafat 403Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (men.606Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam(men.606Hijrah) yang semuanya adalah pendokong aliran Ahli's-Sunnah wal-Jama’ah sebagaimana mengikut pegangan yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asya'ari.

Dalam masa-masa terkemudian para ulama' yang menyokong dan mendokong fahaman al-Asya'ari ini ialah antaranya seperti Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men.1227Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men.1272Hijrah), Syaikh Nawawi al-Bantani (men.1315Hijrah) dengan kitab tauhidnya [yg berjudul:] Tijanu'd-DarariFathul Majid, antara lainnya Syaikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan kitab al-Husun al-Hamidiyahnya yang terkenal itu. (m/s.33)

Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagai pengasas usulu'd-din dari kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebutkan bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asya'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asya'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asya'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya'oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yg diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asya'ari dan Abu Mansur al Maturidi. (m/s.34)

Sumber rujukan dari: 
https://www.facebook.com/pages/Institute-of-Traditional-Islamic-Studies/128718040563915
Edit, susun dan kemasan semula oleh Lebai Kampung

1 comment: