Smile

Follower List - Join my blog clik here

Friday 27 April 2012

Hassan al-Basri berani beri peringatan


HASSAN al-Basri atau nama lengkapnya Abbu Said al-Hassan ibnu Abi al-Hassan Yassar al-Basri, dilahirkan pada tahun 21 Hijrah/642 Masihi di Madinah. Ayahnya bernama Yassar, Maula Zaid bin Tsabit, iaitu seorang jurutulis wahyu, manakala ibunya bernama Khairah Maulat Ummul Mukminin Ummu Salmah
.
Beliau memiliki sifat-sifat terpuji dan ilmu pengetahuan yang luas dengan memperdalamkan ilmu agama Islam kepada ulama-ulama terkemuka.
Pada masa yang sama juga beliau telah mengadakan pertemuan dengan 70 orang perwira Perang Badar dan 300 orang sahabat Rasulullah SAW.

Pernah suatu ketika beliau pernah ditanya oleh Ali bin Abi Talib yang datang kepada beliau ketika pengajiannya.
Ali bertanya: "Hassan, aku ingin bertanya kepadamu mengenai dua perkara. Apabila engkau berjaya menjawab kedua-dua perkara itu engkau akan dapat meneruskan pengajianmu, dan jika sebaliknya, akan aku keluarkan kamu daripada pengajian ini."
Hassan mendiamkan diri sejenak, kemudian berkata: "Tanyalah wahai Amirul Mukminin."
Lalu Ali melanjutkan perbicaraan: "Ceritakanlah kepadaku tentang kebaikan agama dan apa yang dapat merosak agama."

Hassan menjawab: "Kebaikan agama adalah hidup yang warak dan yang merosak agama adalah hidup tamak."
Ali tersenyum dan memujinya serta berkata: "Engkau benar dan sekarang teruskanlah pengajianmu itu."
Hassan juga sering mendapat pujian terutama daripada Anas bin Malik, Abu Qatadah dan lain-lain yang sezaman dengannya.
Menurut Abu Naim al-Asfahani, Hassan adalah orang yang selalu takut dan berduka sepanjang hari, hidup zuhud dan warak dan tidak tidur dalam keadaan senang kerana mengingati Allah SWT, dan tidak meminta-minta.
Dalam perkara ini beliau pernah berkata: "Bagaimana kita tidak takut jika seluruh kehidupan ini akan dipertanggungjawabkan, sedangkan kehidupan itu sendiri amat pendek dan dibatasi oleh maut yang akan menjemput."

Manakala bagi orang yang beriman pula, menurutnya kehidupan dunia bukan untuk bersenang-lenang, tetapi persiapan dan peningkatan amal soleh dengan harapan akan diberi keampunan serta rahmat-Nya.
Beliau berpendapat bahawa manusia perlu prihatin di dunia serta memperteguhkan amal soleh, memperkuatkan zuhud dan menjauhi daripada kemurkaan Allah SWT.
Semuanya itu akan tertanam di benak sanubari di dalam diri manusia jika dapat memiliki iman dan ilmu. Iman dan ilmu merupakan suatu kemestian sebagai dasar bagi orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana yang ditegaskan dalam surah al-Faatir ayat 28.

Hassan al-Basri terkenal dengan keberanian memberi ingatan kepada penguasa termasuk Umar Hubairat yang diangkat menjadi Gabenor Iraq (722 M/103H), malah telah berjanji untuk senantiasa melaksanakan perintah Khalifah Yazid dengan memberi nasihat yang berbunyi: "Tanamkanlah perasaan gentar kepada Allah SWT, bukan kepada Yazid, sedang Yazid tidak akan mampu memisahkan anda daripada Allah SWT. Bila-bila masa sahaja Allah akan mengirim malaikat-Nya untuk meragut anda daripada pangkat, dan menarik anda dari istana yang luas untuk dibawa ke ruang kubur yang sempit."

Ketika menjelang pengakhiran hidupnya, beliau telah didatangi beberapa sahabat yang berkata: "Wahai Abu Said, bekalilah kamu dengan beberapa kalimat yang bakal memberikan manfaat kepada kami."
Maka Hassan pun berkata: "Aku membeli kalian dengan tiga kalimat iaitu apa pun urusan yang dilarang, hendaklah kalian orang yang paling jauh meninggalkannya.

"Kebaikan apa pun yang diperintah kepada kalian, hendaklah kalian melaksanakannya dengan giat.
"Dan ketahuilah ada dua langkah kepada kalian satu langkah yang menguntungkan dan satu lagi langkah yang mencelakan. Jadi kalian hendaklah memperhatikan ke manakah kalian akan melangkah di waktu pagi."
Hassan al-Basri selalu memberi pesan agar manusia sentiasa berwaspada terhadap dunia dan berhati-hati dengan 
segala 'tipu muslihat'.

Beliau meninggal dunia pada tahun 110 H/729 M di Basra.

Thursday 26 April 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau

Ya Allah , jadikanlah anak2ku yang memandikanku, mengafankanku, mengimamkan solat jenazahku, menguburkanku, 
Allahumma Aamiin Ya Allah.

Monday 23 April 2012

Sabda Nabi s.a.w: Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini,..


Nasihat Saidina Ali


Doa Nabi Dawuud





Doa Nabi Daud a.s...Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara...

Doa Nabi Daud

Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.

4 perkara yang aku pohon dariMu ialah:
1~Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
2~Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
3~Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
4~Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.

4 perkara yang aku memohon perlindunganMu ialah :
1~Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
2~Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
3~Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
4~Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.

Kelebihan solat Dhuha


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu...Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu...Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMu keindahanMu kekuatanMu kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh
 
‎~HADIS TENTANG KELEBIHAN SOLAT DHUHA~

1~ Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" ~Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah~

2~Nabi SAW bersabda: " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan 2 rakaat sembahyang Dhuha ." ~Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim~

3~Daripada Nu'aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat 4 rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - ~Hadis riwayat Imam Abu Dawud~



4~Dalam satu riwayat Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:~
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Wednesday 18 April 2012

Hukum Mengeji Suami

Hassan al-Basri memberitahu, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Apabila lari seorang isteri dari rumah suaminya, nescaya tidak diterima Allah akan solat isteri tersebut hingga dia kembali kepada suaminya." ~Riwayat Hassan~

Rasullullah saw bersabda juga kepada para wanita supaya jangan mengerjakan pekerjaan yang menyebabkan Allah tidak menerima segala amalan mereka.

Sekiranya seorang wanita berkata keji kepada suaminya, maka diakhirat nanti Allah akan mengeluarkan lidahnya dari arah belakang (ditarik lidahnya ke belakang kepala) dan ditambat tangan dan kakinya dengan rantai dan dibelanggu. Kemudian dia diheret ke Padang Mahsyar. Malaikat berkata kepadanya: "Inilah balasan bagi orang yang menderhakai suaminya, maka akan diheret oleh malaikat Zabaniah ke dalam api neraka, dan rasailah siksa yang teramat sangat kerana engkau menyakiti suamimu."

Kesimpulannya, inilah pembalasan bagi seorang wanita yang sepanjang hidupnya, lidahnya hanya digunakan untuk menyakiti suaminya, maka sia-sialah segala amalannya semasa hidup. 
~Wallahu a'alam~


Allah memberi ganjaran kepada isteri yang mentaati suami dengan mengangkat darjatnya. Rasullullah saw bersabda: ''Perempuan apabila menjaga solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dia melalui pintu syurga mana saja yang dikehendakinya'' ~Riwayat Ahmad~

Namun, bukanlah perkara yang mudah bagi seorang isteri untuk taat kepada suami, melainkan dia adalah wanita solehah.

Daripada Ibnu Abbas, katanya Rasullullah bersabda:
"Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka, ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir." kemudian Rasullullah ditanya oleh seseorang "Apakah mereka kafir kepada Allah?"

Maka Rasullullah menjawab: "Mereka kafir kepada qarib (suami) dan tidak tahu berterima kasih atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa. kemudian dilihatnya padamu sedikit kesalahan sahaja. lantas ia berkata; 'Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!'" ~Riwayat Bukhari~

Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasullullah bersabda: "Bahawasanya, dunia ini penuh dengan kesukaan, dan sebaik-baik kesukaan adalah perempuan yang solehah,'' ~Riwayat Ahmad dan Muslim~






Tuesday 17 April 2012

Fadhilat Membaca al-Quran



Dari riwayat Abu Umamah yang maksudnya :

“Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”(Hadis riwayat Muslim)

Amatlah rugi bagi orang-orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah saw banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat membaca al-Quran itu, antaranya;

1~ Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah saw yang maksudnya :

“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.” (Hadis riwayat Muslim)

2~ Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah swt dan dipeliharaNya dari kegelapan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya :

“Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta‘ala (al-Quran) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari qiamat.”(Hadis riwayat Ahmad)

3 ~ Pembaca al-Quran diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya. Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a yang maksudnya :
“Bersabda Rasulullah saw : “Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Quran seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya. Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Quran adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis tetapi tidak ada baunya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Quran adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum tapi pahit rasanya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya. Perumpamaan mendampingi orang yang salih adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya. Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

4 ~ Pembaca al-Quran, tiada bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat, kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a. yang maksudnya :
“Daripada Nabi saw, Baginda bersabda: “Al-Quran datang pada hari qiamat lalu ia (al-Quran) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-Qur’an)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”

Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.”

Ia berkata lagi: “ Wahai Tuhanku redhailah dia! Maka dia diredhai.”

Berkata ia pada pembaca al-Quran: “Bacalah al-Quran dan naiklah (pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

5 ~ Pembaca al-Quran memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah saw yang maksudnya :
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Quran).”(Hadis riwayat Abu Daud)

6 ~ Pembaca al-Quran memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Bersabda Rasulullah saw yang maksudnya :
“Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Quran), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”(Hadis riwayat Ahmad)

Sesuai dengan kehendak syara‘, ketika membaca al-Quran kita hendaklah memelihara adab-adabnya, iaitu membacanya dengan berwuduk dan sunat membersihkan mulut (bersugi). Sementara jika hendak menyentuhnya pula hendaklah (wajib) bersih daripada hadas kecil dan hadas besar.

Rasulullah saw, mengadu kepada Allah SWT. dengan banyaknya orang yang berpaling dari al-Quran:
Dan Rasul Berkata: "Wahai Rabbku, Sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sesuatu yang telah ditinggalkan."(QS:Al-Furqan:30)

Meninggalkan al-Quran dengan tiga hal:
1.Tidak Membacanya.
2.Tidak mentadaburi dan memahaminya.
3.Tidak mengamalkannya.

Dari Usman bin Affan ra. dari Nabi saw ia bersabda;
“Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”(HR. Bukhari )

“Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca al-Quran, tetapi dia tidak mahir, membacanya dengan merangkak-rangkak dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.” (HR. Bukhari-Muslim)

“Perumpamaan orang MUKMIN yang membaca al-Quran adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang MUKMIN yang tidak membaca al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang MUNAFIQ yang membaca al-Quran adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang MUNAFIQ yang tidak membaca al-Quran adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.” (HR Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa membaca al-Quran dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (HR Abu Dawud)

Alangkah bahagianya orang-orang yang digerakkan hatinya oleh Allah untuk merutinkan bacaan dan memahami KitabNya.

Alangkah bahagianya orang-orang yang diringankan dirinya dari berkeluh kesah sehingga ringan langkahnya mengajari sesamanya al-Quran.

Monday 16 April 2012

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4 
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5 
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7 
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8 
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Semoga kita sama-sama dapat beramal dengannya, insyaAllah…

Doa Mohon Perlindungan





Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab kubur,Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.
 

Aku Bukan Hambanya Yang Sempurna





Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu
Bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
Kerana aku juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri,
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah secara sempurna,
Nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
~Imam Hassan al-Basri~

Dari Abu Umamah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat ialah seperti keutamaanku atas orang yang terendah di antara engkau semua.”“Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampai pun semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampai pun ikan yu, niscayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia.”
Adapun yang selain Allah ialah memohonkan agar orang-orang yang mengajar kebaikan itu diberi kerahmatan oleh Allah swt
~Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan dia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.~
 

Saturday 14 April 2012

Persahabatan yang ikhlas

Jalinkan lah sebuah ukhuwah yang benar-benar ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa diantara satu dengan yang lain kecuali keredhaan Allah swt semata-mata. Tanpa mengira warna kulit dan rupa, darjat dan pangkat, miskin dan kaya. Insyaallah Janji Allah bagi mereka yang sentiasa berpegang pada tali Allah dengan ketulusan hatinya dan keimanan pasti akan mendapat keberkatan & rahmatNya. Aamiin Ya Robbal'alamin.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
~Ali-Imran 3-103~

Hukum Bergantung Kepada Ilmu Ladunni

http://drmaza.com/home/?p=1149

Hukum Haji Bagi Kanak-Kanak

Si Kecil Dalam Ihram
Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Haji. Jika kanak-kanak yang mumaiyiz (yang tahu membezakan antara kotor & bersih), tahu kerja-kerja Haji & membuatnya sendiri, maka Hajinya sah tetapi tidak menggugurkan fardu Haji dirinya. Ia boleh berniat Haji bagi dirinya dengan syarat diizinkan oleh bapa atau walinya.
Jika kanak-kanak itu belum mumaiyiz dan ada bersama-sama bapa atai walinya, maka bapa atau walinya lah yang meniatkan & melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak itu. Cara bapa atau wali berniat & melakukan kerja-kerja Haji bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz adalah seperti berikut:


Niat: Bapa atau wali hendaklah berniat dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram.
  1. Lafaz niat: Sahaja aku mengerjakan Haji atau Umrah atau Haji & Umrah untuk anakku/ tanggunganku & aku berihram dengannya kerana Allah swt.
  2. Menyempurnakan rukun & wajib-wajib Haji: Anak/Tanggungan itu hendaklah di bawa bersama untuk berwuquf di Padang Arafah, bermabit di Muzdalifah & bermabit di Mina & dicukurkan atau bergunting. Adapun Tawaf, Sa'ie & melontar maka bapa atau wali wajib mengerjakan kerja-kerja tersebut bagi dirinya sebelum daripada mengerjakannya bagi kanak-kanak yang tersebut.
  3. Penjagaan Larangan Dalam Ihram: Bapa atau wali wajib menajga anak/tanggungannya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam ikhram. Jika kanak-kanak itu (yang belum mumaiyiz) melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram tidak dikenakan Dam. Tetapi bagi kanak-kanak yang mumaiyiz wajib disempurnakan Dam. 
Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah Haji sunat, tidak menggugurkan Haji fardunya. ini bererti apabila ia baligh wajib ia mengerjakan Haji fardu. Ibu atau bapa yang melakukan Hajinya & mendapat pahala, berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa al-Tarmizy dengan katanya:

Maksudnya: Seorang perempuan telah menunjuk anak lelakinya kepada Rasullullah saw serta berkata, Wahai Rasullullah adakah bagi anak ini Haji? Jawab Rasullullah saw ''Ya, dan bagi puan pahala."

Sewaktu mengerjakan Haji kanak-kanak itu dibolehkan mengutip anak-anak batu bagi tujuan melontar. Tetapi seelok-eloknya bapa atau wali hendaklah memungut & memberikan kepada anaknya untuk melontar atau bapa/wali melontarkan untuk anaknya.


Friday 13 April 2012

Lau Kana Bainana Al - Habib - Kalau Kekasih (Nabi) ada di kalangan kita sekarang..

Nasaie & Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Khiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."

Tuesday 10 April 2012

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Ibnu Abbas menceritakan, ketika haji Wada, Rasullullah saw memegang pintu Kaabah, kemudian menghadapkan wajahnya kepada orang ramai. lalu berkata kepada mereka:
"Wahai sekalian orang islam, antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan, kehendak syahawat diikut, para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan fasik."
Tiba-tiba, Salman al-Farisi bangun ke arah beliau dan berkata, "Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan wahai Rasullullah, apakah perkara tersebut benar-benar akan berlaku,"


Rasullullah menjawab, "Benar wahai Salman. ketika itu kemungkaran dianggap sebagai perbuatan yang baik, sedangkan perbuatan yang baik dianggap sebagai kemungkaran. Ketika itu hati orang islam larut di dalam badannya seperti garam yang larut di dalam air. Ini kerana dia melihat kemungkaran tetapi tidak sanggup mengubahnya. Ketika itu seorang pengkhianat dipercayai, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pendusta di anggap seorang yang jujur, sedangkan orang yang jujur di anggap sebagai pendusta. Orang paling mulia ialah orang yang beriman yang berjalan di tengah golongan manusia dalam keadaan takut, sekiranya dia berbicara mereka akan memakannya, dan jika dia berbicara, dia akan mati kerana kemarahan di dalam dirinya. Wahai Salman, satu bangsa itu tidak akan menjadi mulia sekiranya golongan yang kuat memakan yang lemah. 


Ketika itu hujan jarang turun, anak sangat dibenci, orang hina berada di mana-mana dan orang mulia pula sukar ditemui, Ketika itu orang kaya disanjungi tinggi, agama dijual dengan dunia, Kesenangan dunia dicari melalui amalan akhirat, lelaki dan wanita menjalinkan hubungan dan wanita juga mengadakan hubungan bersama wanita. Mereka adalah sebahgian umatku yang mendapat laknat Allah swt. Ketika itu umatku disusuli oleh bangsa lain yang tubuh mereka manusia, tetapi hati mereka adalah hati syaitan. 


Sekiranya umatku bersuara, mereka dibunuh, dan sekiranya diam, darah mereka dihalalkan. Mereka tidak menyayangi anak kecil dan tidak menhormati orang tua. Alangkah buruknya perbuatan mereka. Ahli keluarga dikasari. Hukum mereka boleh dibicarakan. Wanita diangkat menjadi pemimpin. Mereka meminta pendapat daripada kanak-kanak. Anak kecil dipuja. Mempunyai ramai tentera. Orang lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan mereka juga mengamalkan zina. Ramai penyanyi wanita muncul.


Al-Quran dilagukan bacaannya, orang hina lebih kerap diminta bercakap. Dia membicarakan masalah secara umum, yang sebelumnya tidak pernah dibicarakan. Pada masa itu, masjid-masjid dihiasi dengan pelbagai hiasan seperti gereja dan biara yang dihiasi dengan pelbagai hiasan. Mushaf al-Quran dengan emas, mimbar-mimbar dibuat dengan kayu lebar, terdapat banyak saf jemaah, tetapi hati manusia saling berjauhan. Perkataan mereka juga pelbagai macam. Siapa yang mendapat kurniaan, dia bersyukur, sedangkan yang tidak beroleh apa-apa menjadi kufur.


Pada masa itu, akan datang umatku yang menjadi tawanan-tawanan dari timur dan barat. Orang yang lemah akan binasa dan mendapat kecelakaan dari Allah. Sekiranya bercakap, mereka akan dibunuh, tetapi sekiranya diam, mereka tetap dibunuh. Mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam kederhakaan kepada Allah.


Pada masa itu isteri bersekutu dengan suami dalam urusan suami. Seorang anak menderhakai bapanya tetapi berbuat baik terhadap sahabatnya. Mereka memakai kulit biri-biridi atas hati serigala. Ulama mereka lebih buruk daripada bangkai. Pada masa tersebut, ibadah mereka hanya dengan membaca lafaz-lafaz ibadah yang tidak mereka fahami kandungannya. Mereka disebut sebagai orang yang kotor oleh kerajaan langit dan bumi. 


Pada masa itu kitab Allah dijadikan nyanyian. Kitab Allah diletakan pada punggung mereka. Mereka tidak menegakkan hukum yang ditetapkan Allah dan mematikan sunahku. Mereka menghidupkan amalan bida'ah. Tidak menyuruh orang lain berbuat baik dan menghalang kemungkaran. Ketika itu anak-anak kecil, melamar seperti melamar seperti melamar wanita, pasar-pasar semakin banyak. Sekiranya masing-masing berkata, "Aku tidak menjual dan aku tidak membeli" Sedangkan tiadak ada yang memberikan rezeki melainkan Allah. Pada masa tersebut, orang yang berkuasa adalah mereka yang jahat merampas hak orang ramai dan menakut-nakutkan mereka. Engkau akan melihat ramai orang menggeletar ketakutan.


Ketika itu Ibadah haji dibesar-besarkan. Orang terkenal menunaikan haji kerana  hawa nafsu. Golongan menengah pula kerana mahu berniaga. Orang miskin pula menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat gelaran."


"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.


Rasullullah saw menjawab, "Benar wahai Salman."


(Muhyiddin Al-Araby, Muhadharat Al-Abrer dan An-Nabhany Hujjatullah Alal-Alamin) 


~Intisari dari khutbah Rasullullah~

  • Solat tidak lagi didirikan
  • Manusia terlalu mengikut kehendak hawa nafsu
  • Pemimpin yang dilantik mengkhianati rakyatnya serta melakukan maksiat.
  • Kemungkaran dianggap kebaikan, sedangkan kebaikan itu pula diterima sebagai kejahatan.
  • Jiwa orang islam sangat lemah sehingga tidak lagi sanggup mencegah kemungkaran.
  • Rakyat mempercayai orang yang berdusta dan khianat, sedangkan orang yang amanah dianggap penipu.
  • Orang islam berada dalam ketakutan ditengah masyarakat yang merelakan yang gagah menindas yang lemah.
  • Hujan jarang turun.
  • Anak dibenci dan tidak diingini.
  • Semakin ramai orang yang hina, sedangkan orang yang mulia sukat ditemui.
  • Orang kaya disanjung tinggi.
  • Agama dijual dengan dunia.
  • Kesenangan dunia diperoleh melalui amal-amal akhirat.
  • Lelaki dan wanita menjalinkan hubungan dengan bebas.
  • Meluasnya amalan homoseksual.
  • Ahli keluarga dikasari.
  • Hukum dipermainkan.
  • Wanita dilantik menjadi pemimpin utama.
  • Meminta pandangan daripada kanak-kanak kecil.
  • Terlalu memuja anak-anak kecil.
  • Mempunyai tentera yang ramai.
  • Kaum lelaki memakai emas sebagai perhiasan.
  • Orang lelaku mengamalkan zina.
  • Muncul ramai penyanyi wanita.
  • Bacaan al-Quran dilagukan tetapi tidak diamalkan.
  • Orang yang hina diketengahkan untuk memberikan pendapat.
  • Masjid-Masjid dihias indah dengan pelbagai jenis hiasan, sehingga kelihatan seperti gereja & biara.
  • Mushaf al-Quran ditulis dengan tulisan emas.
  • Mimbar-mimbar khutubah dibina dengan besar & luas.
  • Ramai orang mengerjakan solat tetapi hati mereka tidak khusyuk.
  • Orang islam akan ditewaskan dan menjadi tawanan.
  • Isteri juga melakukan kerja-kerja suami.
  • Anak menderhakai bapanya tetap sangat baik dengan sahabatnya.
  • Ulama mereka pada waktu itu sangat jahat.
  • Ibadah yang dilakukan sekadar ucapan & bacaan tertentu yang tidak diketahui maknyanya. Apa lagi mengamalkannya.
  • Kitab al-Quran dijadikan nyanyian.
  • Meninggalkan sunnah Rasullullah saw dan menggalakkan bida'ah.
  • Meninggalkan seruan melakukan kebaikan dan menhentikan kemungkaran.
  • Pasar semakin banyak.
  • Orang yang berkuasa adalah orang yang jahat dan merampas hak orang ramai serta menakut-nakutkan mereka.
  • Ibadah haji dilakukan untuk menunjuk-nunjuk.
  • Orang kaya menunaikan haji kerana menurut hawa nafsu.
  • Orang menengah mengerjakan haji untuk berniaga.
  • Orang miskin menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat gelaran.














Kedudukan Mahram bagi wanita

Doa Iftitah & Maksudnya

Titik perbaringan terakhir akan tetap sama...

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." ~Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13~

Patuh Kepada Pemimpin

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasullullah pernah berkata:
"Selepas peninggalanku akan muncul pemimpin-pemimpin. Antara pemimpin-pemimpin ini, terdapat mereka yang baik dan ada juga yang jahat. Taati dan patuhi pemimpin-pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang benar. Solat dibelakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan, ganjarannya bagi kamu semua dan bagi pemimpin tersebut. Tetapi sekiranya, pemimpin melakukan keburukan, kalian tetap mendapat ganjaran dan pemimpin tersebut mendapat dosa." (Direkodkan oleh at-Tobari dalam buku Al-Ausath)

Intisari: 
  • Peringatan Rasullullah mengenai sikap pemimpin-pemimpin selepasnya, ada yang baik dan ada pula yang zalim.
  • Setiap orang islam wajin mentaati pemimpin yang menyuruh mereka melakukan kebaikan dan kebenaran.
  • Seorang pemimpin Muslim seharusnya menjadi imam solat kepada rakyatnya.
  • Pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik dalam ibadah dengan mengetuai atau menyertai aktiviti-aktiviti ibadah.
  • Rakyat bertanggungjawab memilih pemimpin yang adil dan baik, kerana setiap kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin ini, rakyatnya juga mendapat ganjaran pahalanya.
  • Setiap undi yang digunakan oleh rakyat bagi memilih pemimpin akan dipertanggungjawabkan keatasnya.
  • Rasullullah saw menenangkan perasan rakyat yang berada di bawah pemerintah yang zalim dan jahat. Ini kerana, rakyat tidak akan dipertanggungjawabkan di atas dosa pemimpin. Malah rakyat yang ditindas mendapat ganjaran pahala atas kesabaran mereka. 
  • Ancaman Rasullullah terhadap pemimpin yang zalim dan melakukan kejahatan, mereka mendapat dosa atas semua perbuatan mereka.

Monday 9 April 2012

Hukum Kenduri Arwah


Perkongsian dari blog Dr. Mohd Asri untuk keterangan lanjut sila klik: 


http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=41

Semoga dapat kita mengambil iktibar dan jadikan sebagai pedoman.... Insyaallah....

Muqaddimah


Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. 
~Ali-Imran 3-103~